suria

Cermin kereta pecah kena batu jangan ‘serang’ pemotong rumput! Ikut langkah ini... Lebih sopan, dapat ganti percuma

Cermin kereta yang pecah disebabkan terkena batu kecil semasa rumput dipotong.

KELIBAT pemotong rumput di lebuh raya mahupun laluan dalam bandar sememangnya 'menggerunkan' mereka yang sedang memandu.

Mana tidaknya, masing-masing bimbang jika batu atau serpihan rumput yang 'sesat' terkena bahagian cermin kereta sehingga retak atau pecah.

Kos untuk menukar ganti pula bukanlah murah, kalau beli insurans cermin pun mungkin kena tambah wang sendiri.

Bagaimanapun, dalam situasi tertentu melibatkan kontraktor pembersihan jalan dan lebuh raya, anda sebenarnya boleh menukar cermin kereta yang pecah secara 'percuma'.

Kos untuk menukar ganti cermin kereta dilakukan di bengkel penal kontraktor terlibat.

Kos untuk menukar ganti cermin kereta dilakukan di bengkel panel kontraktor terlibat.

Bagi yang belum mengetahui caranya, boleh ikuti langkah yang dikongsikan Che Pai ini.

1- Apabila cermin pecah atau retak disebabkan kerja pemotongan rumput, berhenti dekat dengan pasukan pemotong rumput dan jangan marah-marah mereka.

2- Ambil gambar lokasi kejadian terjadi.

3- Bertanya khabar dengan pemotong rumput dan dapatkan nombor penyelianya kerana mereka tidak membawa tunai untuk 'settle' tepi sekiranya tidak mahu panjangkan cerita, sebaliknya hubungi penyelia.

4- Penyelia akan datang segera untuk ambil gambar mereka dan pekerja yang sedang bertugas.

Batuan kecil mudah terpelanting apabila terkena mata mesin pemotong rumput. -Gambar hiasan

Batuan kecil mudah terpelanting apabila terkena mata mesin pemotong rumput. -Gambar hiasan

5- Penyelia akan minta anda ambil gambar dan dia pun akan ambil gambar kereta serta keadaan cermin yang pecah.

6- Anda akan dimaklumkan tentang panel untuk menukar cermin kereta yang pecah.

7- Hubungi pihak panel tersebut dan hantarkan gambar cermin dan model kenderaan anda. Kebiasaannya mereka akan buat tempahan terlebih dahulu dan mengambil masa satu hari.

8- Pihak panel kemudiannya akan memberi lokasi untuk melakukan penggantian dan pemasangan secara percuma. Maksudnya, kos penggantian cermin ditanggung sepenuhnya oleh insuran mereka.

9. Andai kata pemotong rumput melarikan diri, anda boleh terus ke Majlis Perbandaran lokasi terbabit untuk mendapatkan nombor telefon kontraktor bertugas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain