suria

Nissan lancar teknologi e-POWER, kereta elektrik tapi guna petrol... Memang jimat habis

Nissan Kicks e-POWER menonjol dengan reka bentuk sporty serta prestasi dinamik.

SYARIKAT gergasi automotif, Nissan melancarkan kereta e-POWER iaitu enjin yang berkuasa elektrik, namun menggunakan petrol, gabungan dua bentuk tenaga untuk prestasi lebih efisien.

Bakal dilancarkan di Malaysia pada Disember, kereta Nissan e-POWER dikatakan dapat memberikan jarak perjalanan sejauh 21.7 kilometer (km) per liter atau 4.6 liter bagi setiap 100km.

Dengan tangki petrol berkapasiti 40 liter, kereta ini boleh mencapai jarak sejauh 868km bagi setiap isian penuh.

Sistem Nissan e-POWER direka bentuk berdasarkan kenderaan elektrik (EV) dan dikembangkan oleh jurutera Nissan Leaf, cabang khusus untuk produk EV.

Model e-POWER pertama, Nissan Note e-POWER, dilancarkan pada November 2016 di Jepun.

Model e-POWER pertama, Nissan Note e-POWER, dilancarkan pada November 2016 di Jepun.

Menariknya bagi sistem e-POWER ini, ia digerakkan sepenuhnya oleh sistem bermotor elektrik tanpa perlu disambungkan pada plug untuk mendapatkan bekalan tenaga.

Jadi dari mana datangnya tenaga elektrik untuk menjana kuasa enjin Nissan e-POWER?

Ia dihasilkan sendiri oleh enjin pembakaran dalam atau internal combustion engine (ICE) yang sangat efisien menghasilkan tenaga elektrik bagi penggunaan enjin dan mengecas pek bateri.

Selain itu, antara kelebihan utama e-POWER adalah respons dan tork yang pantas, sekali gus menjamin pemanduan yang lancar dan senyap serta kecekapan bahan api yang tinggi.

Sistem e-POWER yang digunakan dalam model kereta Nissan terbaharu ini adalah generasi kedua yang sudah ditambah baik dengan kapasiti bateri lebih besar dan kecekapan ICE yang lebih efisien.

Teknologi e-POWER menjanjikan kecekapan bahan api dan ciri pemanduan seperti EV.

Teknologi e-POWER menjanjikan kecekapan bahan api dan ciri pemanduan seperti EV.

Bateri litium-ion dalam sistem e-POWER juga ditingkatkan kapasiti sebanyak 30 peratus namun saiznya masih kecil dan ringan, tidak mengganggu praktikaliti serta keluasan dalaman kenderaan.

Pengenalan generasi Nissan X-in-1 membolehkan model e-POWER dan kereta elektrik yang lain untuk berkongsi komponen utama seperti penyongsang (inverter), motor elektrik dan gear reducer (komponen dalam transmisi yang berfungsi untuk mengurangkan kelajuan putaran motor elektrik dan menyesuaikannya dengan kelajuan roda kereta).

Paling penting, ia dapat merapatkan jurang harga antara kereta model e-POWER dan ICE dalam masa terdekat ini, menjadikan e-POWER pilihan kereta elektrik yang mampu milik.

Nissan melancarkan BEV pertama di dunia, Nissan LEAF serba elektrik pada tahun 2010, serta memperkenalkan model e-POWER yang dipacu motor elektrik.

Nissan memperkenalkan model e-POWER yang dipacu oleh motor elektrik.

Model e-POWER pertama, Nissan Note e-POWER dilancarkan pada November 2016 di Jepun dengan lebih daripada 100,000 unit terjual untuk 11 bulan pertama.

Nissan juga menjadi pengeluar pertama BEV (kenderaan elektrik bateri) secara besar-besaran melalui model LEAF pada tahun 2010 dan melepasi jualan satu juta unit BEV pada 2023, sementara pengeluaran e-POWER mencapai 1.5 juta unit pada tahun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain