suria

Labur RM100 boleh dapat RM100,000! Doktor ini ajar cara selamat nak kaya, elak jadi mangsa scammer Telegram

Pelbagai bentuk pelaburan wujud pada masa kini. -Gambar hiasan

TRENDING di media sosial mengenai konsep pelaburan dikenali sebagai unit trust atau unit amanah.

Namun rata-rata masyarakat dilihat skeptikal dengan kaedah pelaburan ini memandangkan masih belum difahami sepenuhnya, malah ada yang beranggapan ia sebagai satu bentuk penipuan atau scam.

Melalui satu perkongsian di TikTok, pempengaruh kewangan iaitu Dr Adam Zubir menjelaskan dengan lebih lanjut tentang apakah itu sebenarnya pelaburan amanah saham.

Menurut Adam, amanah saham menggunakan teknik pelaburan yang dikenali sebagai leverage.

Duit simpanan boleh dikembangkan dengan menggunakan pelaburan amanah saham. -Gambar hiasan

"Dalam amanah saham ni, kita gunakan (leverage) orang lain untuk gandakan duit kita. Konsep leverage dalam pelaburan ni sah di sisi undang-undang.

"Ringkasan yang mudah difahami, anda sebagai pelabur letak duit dalam satu dana, kemudian dana itu diuruskan oleh pengurus dana. Mereka ini akan menentukan ke mana duit anda dilaburkan.

"Seterusnya apabila sudah dapat untung, mereka (pengurus dana) akan agihkan keuntungan ini kepada pelabur. Pengurus dana ini 100 peratus dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

"Berbeza dengan tawaran pelaburan yang kita biasa jumpa di platform Telegram, mereka itu selalunya penipu. Pelaburan amanah saham ni boleh dibuat di kebanyakan bank utama seluruh negara," jelas Dr Adam yang mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah nasihat individu gaji bawah 5K tak patut miliki rumah sendiri... Kalau nak beli juga, ada satu syarat!

Dr Adam seterusnya mengajak orang ramai untuk berjinak-jinak melabur dalam amanah saham.

"Ini cara yang bagus sebenarnya untuk beranakkan (gandakan) duit. Contohnya anda mula melabur sejak umur 30 tahun, InsyaAllah menjelang usia 55 tahun, anda boleh miliki hampir RM100,000 dalam simpanan.

"Langkahnya cukup mudah, pertama sekali, buka akaun amanah saham persendirian, labur minimum sebanyak RM100. Kemudian buat penolakan auto-debit RM100 setiap bulan.

"Jika anda terus konsisten melabur, RM100,000 itu akan menjadi realiti," terang Adam

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain