suria

Dah habis waktu pejabat mesej WhatsApp berkaitan kerja tetap masuk, bos masih bagi arahan... Salah ke abai, keluar grup?

Jangan ambil mudah arahan yang diberikan majikan dalam grup WhatsApp. -Gambar hiasan

APLIKASI WhatsApp menjadi antara medium komunikasi yang penting pada waktu ini, melenyapkan penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS) yang pernah popular suatu masa dulu.

WhatsApp kini bukan sekadar digunakan untuk berkomunikasi tidak formal, malah turut digunakan untuk tujuan bisnes dan dalam kalangan organisasi bagi tujuan kerja.

WhatsApp kini menjadi medium perantara antara majikan dan pekerja. - Gambar hiasan

WhatsApp kini menjadi medium perantara antara majikan dan pekerja. - Gambar hiasan

Namun, penggunaan aplikasi berkenaan bagi tujuan kerja kadang kala menimbulkan rasa tidak rasa selesa terutama apabila arahan bos atau mesej berkaitan kerja masuk selepas tamat waktu pejabat dan ketika bercuti.

Bagi pekerja yang tidak selesa dan ingin keluar dari grup WhatsApp tempat kerja, anda disarankan berfikir dulu sebelum bertindak.

Anda mungkin bakal kehilangan kerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Main WhatsApp, tengok video waktu kerja... Tauke kedai emas persoal isu amanah, perjelas kes pecat pekerja hari pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Senang nak ‘left group’ senyap-senyap, ciri baharu WhatsApp juga boleh sembunyi status ‘online’

Perkara itu didedahkan jurulatih kerjaya, Farid Affy yang menyatakan terdapat kes di negara ini apabila pekerja sebuah syarikat telekomunikasi dipecat kerana keluar grup WhatsApp syarikat.

"Boleh ke majikan buat macam ni? Kalau merujuk kes Maxis Mobile Sdn Bhd (Award No 1050), tindakan majikan pecat pekerja tu dianggap betul dan munasabah.

"Bila WhatsApp dijadikan komunikasi rasmi syarikat maka semua pekerja kena patuh dan siapa yang ingkar (left group) maksudnya dia ingkar arahan," katanya menerusi perkongsian di X.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya

Farid menjelaskan ingkar arahan adalah kesalahan yang serius walaupun nampak remeh iaitu keluar dari grup WhatsApp lebih-lebih lagi jika pekerja itu sebelum ini ada masalah menerima arahan dan banyak kali tidak medengar arahan.

"Mahkamah cakap, bila tugasan jadi sukar dilakukan sebab pekerja melawan arahan jadi ia dianggap kesalahan serius. Kes ini tak ada isu berkaitan majikan ambil kesempatan," katanya.

Kes ini tak ada isu berkaitan majikan ambil kesempatan.

FARID AFFY

Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya dengan sebahagian besar kurang bersetuju dan mempertikaikan tindakan majikan memecat pekerja kerana keluar dari grup WhatsApp.

"Syarikat tak bayar pun bil telefon kita. Masih boleh kena pecat?" soal netizen.

"Kalau bos bagi telefon pada staf dan capaian internet percuma memang tiada alasan la untuk keluar grup," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain