suria

Cara ini dapat melambatkan habuk melekat di bilah kipas, tak cuci 3 bulan pun masih bersih

Tip mudah supaya habuk lambat melekat pada kipas.

HABUK tebal pada bilah kipas boleh mengganggu aliran udara dan menyebabkan bilik menjadi lambat sejuk.

Namun proses untuk membersihkan bilah kipas secara berkala adalah merenyahkan, memandangkan beberapa langkah perlu dilakukan terlebih dahulu seperti membuka sangkar kipas dan mencabut bilah.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Alosnida Musa berkongsi tip agar debu sukar melekat pada bilah kipas.

"Sampai dua hingga tiga bulan pun bilah kipas masih bersih, lambat berhabuk," ujar Alosnida.

Kini anda tidak perlu kerap membersihkan bilah kipas, jimat masa dan tenaga, ayuh kita lihat caranya!

Bahan-bahan:

1) Pelembut fabrik

2) Cuka makan

3) Botol penyembur

Ramuan yang diperlukan untuk membuat campuran.

Langkah-langkah:

1) Bersihkan jaring dan bilah kipas seperti biasa.

2) Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam satu bekas. Nisbah campuran adalah 1:1:1 untuk setiap bahan.

3) Kacau sebati dan seterusnya masukkan ke dalam botol penyembur supaya lebih senang digunakan.

4) Kemudian sembur campuran sehingga rata pada bilah dan jaring kipas, biarkan selama lima minit.

5) Akhir sekali, lap semula dengan menggunakan kain lembap.

Kini habuk sukar untuk melekat pada bilah kipas dalam masa singkat, ulang langkah ini setiap dua hingga tiga bulan sekali.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain