suria

Belum dipanggil temuduga dah redflag! Perekrut dedah jenis resume tak kan dibaca sampai habis, terus ‘pangkah’

Farid Affy (kanan) akan mengabaikan resume yang menggunakan alamat emel tidak profesional.

RAMAI beranggapan mencari kerja itu sesuatu yang mudah serta tidak memerlukan sebarang kemahiran khusus.

Pemahaman sedemikian menyebabkan ada golongan pencari kerja mengambil jalan mudah dalam segala aspek termasuk penulisan resume.

Perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy berkata sikap sentiasa ambil mudah itu menyebabkan kelompok berkenaan akan ditolak oleh bakal majikan, tanpa meneliti keseluruhan resume mereka.

Pandangan pertama adalah penting dalam memohon pekerjaan. - Gambar hiasan

Pandangan pertama adalah penting dalam memohon pekerjaan. - Gambar hiasan

"Farid, pernah tak kau jumpa jobseekers (pencari kerja) yang red flag (tunjuk petanda buruk)? Ada beberapa jenis yang bagi aku red flag and aku akan ignore (abaikan) calon yang berkenaan. Pertama email address (alamat emel) yang tak profesional contoh [email protected].

"Kemudian, subjek tak lengkap and paling 'best' dia biar kosong. Janganlah macam tu kawan. Subject line (baris subjek) ni macam tajuk penting dan tajuk ni yang membuatkan seseorang tu nak baca email," kongsinya di Threads.

Farid berkata, penulisan subjek itu mudah dan ringkas sahaja iaitu dengan menulis nama jawatan yang ingin dipohon serta nama anda sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak pergi temuduga masih tak dapat kerja, anda mungkin silap strategi! Boleh cuba formula ini, kurang rasa gugup

ARTIKEL BERKAITAN: Calon pekerja Gen Z mungkir janji, tak muncul sesi temu duga... Paling mengejutkan siap ‘block’ bakal majikan di WhatsApp!

"Paling teruk bila dalam body (isi emel) langsung tak tulis apa-apa. Dibiarkan kosong dan tambah teruk bila ada template sent from my iPhone (dihantar melalui iPhone).

"Jangan guna bahasa yang tak profesional. First impression (pandangan pertama) tu penting dan boleh effect (bawa impak) sampai mati tu. Dah banyak kes viral jobseekers gunakan bahasa yang tak profesional," katanya.

Menerusi hantaran yang berbeza, Farid turut berkongsi pandangan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila dipanggil menghadiri temuduga.

Pandangan Farid berkaitan alamat emel.

Pandangan Farid berkaitan alamat emel.

"Yang perlu dibuat, kaji tentang syarikat dan faham latar belakang, budaya dan skop kerja jawatan yang dipohon. Pakaian sesuai ikut gaya syarikat seperti formal atau smart casual. Bertanya soalan tentang jawatan untuk tunjuk minat. Selain berterima kasih selepas temuduga selesai.

"Yang tidak boleh dibuat jangan datang lambat, elak cakap buruk tentang majikan, jangan menipu tentang pengalaman yang ada dalam resume, jangan potong ketika penemuduga bercakap dan pastikan silent phone semasa temuduga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain