suria

Sudu, garfu kusam masih boleh diselamatkan... Cuci guna 2 bahan ini, tak sampai sejam berkilat macam baharu

Sudu dan garfu antara perkakas yang wajib ada di dapur setiap rumah. -Gambar hiasan

PERKAKAS dapur seperti sudu dan garfu akan menjadi kusam selepas beberapa tahun digunakan, berpunca daripada daki terkumpul yang sukar dicuci.

Perubahan ini boleh menjejaskan semangat golongan wanita dan suri rumah untuk terus memasak, pasti sugul melihat peralatan dapur sudah dimamah usia.

Melalui satu perkongsian di laman sesawang Mumsnet, ada dikongsikan petua untuk mencuci sudu yang kusam supaya menjadi berkilat seperti baharu.

Ayuh kita lihat!

Terdapat petua untuk mencantikkan semula sudu dan garfu lama. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1) Cuka

2) Serbuk penaik

3) Air panas

Langkah-langkah:

1) Susun sudu dan garfu dalam satu bekas.

2) Tuang cuka serta taburkan serbuk penaik atas sudu dan garfu tersebut.

3) Curahkan air panas sehingga tenggelam kesemua sudu dan garfu itu, biarkan selama 15 minit.

4) Bawa keluar sudu dan garfu, lap menggunakan kain bersih sehingga kering, siap!

Kini anda dapat lihat sudu dan garfu anda menjadi bersinar seperti baru dibeli.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Mumsnet

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain