suria

Mujur tak buang! Periuk rentung kembali ‘pulih’ lepas guna 2 bahan ini... Hasilnya cantik seperti baharu

Nasib baik ada cara untuk selamatkan periuk yang berjelaga.

KECUAIAN dan kelekaan di dapur boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Antaranya masakan yang sedang dipanaskan menjadi hangus, mengakibatkan periuk atau kuali kesayangan bertukar hitam kerana jelaga.

Begitulah kisah yang dilalui seorang wanita dikenali sebagai Lia Johari, dia berkongsi nasib malangnya itu di laman Facebook.

"Waktu nak bersiap pergi kerja, sempat panaskan lauk dekat dapur, akhirnya terlupa. Sekali tengok dah terbakar periuknya, ingatkan nak kena buang.

"Mujur saya pernah belajar cara nak selamatkan periuk yang rentung, boleh jadi bersih kembali," ujar Lia Johari.

Ayuh kita lihat bagaimana Lia Johari lakukannya.

Periuk kaca yang hangus milik Lia Johari.

Bahan-bahan:

1) Soda bikarbonat atau serbuk penaik

2) Cuka masakan

Langkah-langkah:

1) Campurkan serbuk penaik dan cuka masakan dengan air.

2) Rendam periuk yang rentung ke dalam campuran berkenaan.

3) Biarkan periuk direndam selama sebulan.

4) Selepas sebulan, boleh keluarkan periuk dari rendaman dan mulakan aktiviti menyental, kerak yang hangus akan dilihat sudah menjadi lembut.

"Dalam masa setengah jam saya menyental, periuk berjaya menjadi bersih seperti keadaan asalnya," kata Lia Johari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain