LUBANG saliran air di tandas sering menjadi laluan masuk bagi haiwan perosak dan berbisa seperti tikus, lipas, katak atau ular. Perkara ini sekiranya tidak dicegah boleh membawa ancaman bahaya kepada penghuni rumah. Melalui satu hantaran di Facebook oleh Kamal Harun, ada dikongsikan petua untuk menghalang haiwan berkenaan daripada membuka penutup saliran air di tandas. "Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk kunci penutup saliran daripada dibuka haiwan seperti ular. Modalnya hanya sekitar RM1 hingga RM3, tapi boleh bertahan lama. "Cara ini lebih kemas berbanding kita tindih dengan baldi ataupun botol. Alhamdulillah saya dah amalkan cara ni selama tujuh tahun, memang berkesan," ujar Kamal Harun. Bahan-bahan: 1) Skru self-drilling (ikat C-channel) 2) Plat keluli berlubang Langkah-langkah: 1) Masukkan skru self-drilling ke dalam salah satu lubang pada plat keluli, kemudian letakkan ia di salah satu bucu penutup saliran air. 2) Mula gerudi untuk mengetatkan skru ke dalam lantai. Siap! 3) Sekiranya hendak membuka penutup saliran air, anda hanya perlu mengalihkan plat keluli berlubang itu ke tepi. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Kamal Harun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube