suria

Jumpa lagi 6 bulan... Hanya guna bahan ini kalau nak hapuskan lalang, boleh bertahan hingga setengah tahun!

Lalang yang meninggi boleh mencacatkan pemandangan di kawasan sekitar. -Gambar hiasan

LALANG dan rumpai yang tumbuh melata di halaman rumah pastinya menyakitkan mata untuk dilihat.

Walaupun sudah ditebas dan dicabut sehingga gondol, ia pasti akan kembali tidak lama selepas itu... degil sungguh.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Ghuroba Ummah, ada dikongsikan cara lebih efektif untuk membasmi lalang.

Dikatakan dengan menggunakan teknik ini, lalang boleh dihapuskan sekurang-kurangnya selama enam bulan iaitu bersamaan setengah tahun, lama betul!

Menurut Ghuroba, satu-satunya bahan diperlukan hanyalah diesel yang dibeli daripada stesen minyak dan bekas penyembur.

Diesel boleh diperoleh daripada stesen minyak terdekat. -Gambar hiasan

"Petua ini tidak memerlukan apa-apa bancuhan, hanya masukkan minyak diesel ke dalam bekas penyembur dan sudah boleh mulakan operasi.

"Cuma pastikan semburan diesel tidak terkena tanaman lain kerana bahan kimia yang terkandung cukup kuat untuk menyebabkan pokok mati.

"Satu lagi peringatan penting, selepas diesel disembur, tanah di kawasan sekitar akan menjadi kurang subur, mungkin selama tiga hingga tujuh hari, selepas itu ia akan kembali pulih.

"Sebenarnya reaksi minyak diesel ini menyebabkan kadar mineral di dalam tanah berkurangan, itulah cara lalang dimatikan," jelas Ghuroba.

Dalam pada itu, Ghuroba turut menitipkan pesanan supaya bekas penyembur yang digunakan dicuci sebersih-bersihnya.

"Basuh bekas dengan sabun, sisa-sisa minyak diesel jika dibiarkan boleh menyebabkan bekas terhakis. Sentiasa kekal selamat," terang Ghuroba.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Ghuroba Ummah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain