suria

Tak perlu guna sabun, ini petua mudah cuci cermin sampai berkilat... Baru makin semangat nak bersiap!

Cermin solek penting untuk kegunaan harian. -Gambar hiasan

CERMIN di meja solek dan bilik air akan sering berdebu serta dipenuhi watermark dengan berlalunya waktu.

Pembersihan rapi perlu dilakukan bagi menghilangkan kesan kotoran ini, pastinya agak leceh untuk dilakukan secara berkala.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Rosie Zam, ada dikongsikan petua mudah untuk membersihkan cermin di rumah anda, dijamin berkesan dan berkilat.

"Tak perlu guna sabun dan bahan kimia pun untuk teknik pembersihan ini," ujar Rosie Zam.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya.

Bahan-bahan:

1) Surat khabar lama

2) Kain bersih

Teknik yang cukup ringkas.

Langkah-langkah:

1) Celupkan surat khabar lama ke dalam air.

2) Kemudian perah surat khabar supaya tidak terlalu basah dengan air.

3) Lapkan surat khabar itu pada cermin, boleh juga tonyoh pada tempat yang mempunyai kotoran.

4) Seterusnya ambil kain bersih untuk mengeringkan cermin. Siap!

Pasti cermin di rumah anda akan menjadi berkilat dan bersinar seperti baharu.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Rosie Zam

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain