suria

Cari tali pokok terjuntai jika sesat di hutan! Ikut tip diajar lelaki ini, dengan izin Allah nampak jalan keluar

Lelaki ini menunjukkan tali terjuntai pada pokok yang perlu dicari jika tersesat di hutan. -Foto TikTok

SESAT dalam hutan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada pendaki gunung, kaki pancing, pasukan keselamatan, pencinta alam sekitar, dan sebagainya.

Situasi sebegini mungkin tidak aneh jika terjadi kepada mereka yang tidak biasa dengan selok belok kawasan hutan.

Namun, ramai tidak tahu bahawa individu yang berpengalaman dan kerap meneroka rimba juga boleh berdepan risiko sesat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Patah balik, jangan tangguh!” - Lelaki kongsi ilmu masuk hutan, minta selamatkan diri jika jumpa kawasan ini

Dalam beberapa kes yang pernah dilaporkan media sebelum ini, ada individu yang tersesat berminggu-minggu lamanya hingga tubuh mereka susut dan lemah apabila ditemukan.

Dalam satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki yang mahir selok belok hutan berkongsi satu petua lama sebagai panduan bersama.

hutan 2

Mereka yang biasa meneroka rimba akan mencari anak sungai untuk dijadikan penunjuk arah.

"Kalau anda sudah berusaha cari jalan keluar dan kamu tidak jumpa jalan keluar, kamu cari tali hutan seperti ini, yang berjuntai.

"Kamu belah dua tali itu, buka dan kemudian lalu di celah belahan tali hutan itu.

"Selepas melakukannya, kamu akan mendengar bunyi deruan anak sungai. Selepas itu berjalan ke arah anak sungai dan keluar," ujarnya.

Anak sungai bukan sahaja menjadi sumber air untuk keperluan hidup, tetapi juga boleh menjadi penunjuk arah yang membantu mencari jalan keluar atau menuju kawasan yang lebih selamat.

Mengikut aliran anak sungai ke arah hilir mungkin membawa anda ke kawasan yang lebih luas, ke tempat yang lebih dikenali, atau lebih banyak kemungkinan untuk ditemui oleh pasukan penyelamat.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain