suria

Cara selamatkan peti ais berlumpur, tenggelam banjir... Jangan sesekali langgar satu pantang larang ini

Peti ais yang ditenggelami air banjir masih boleh diselamatkan dengan mengikut langkah yang betul. -Foto FB Kelate Loni

SELAIN perabot, peralatan elektrik adalah antara barang yang tidak terkecuali terjejas apabila berlakunya bencana banjir.

Bagi yang menetap di kawasan rendah dan sering dinaiki air, lazimnya mereka sudah 'lali' dan sentiasa bersedia untuk memindahkan perkakas elaktrik ke tempat selamat dan lebih tinggi.

Namun ada kalanya bah yang melanda sukar dijangka hingga air naik ke paras berbahaya dengan cepat sekali gus barangan berharga yang mahu dipindahkan tidak dapat diselamatkan juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Air banjir tak masuk rumah... Lelaki kongsi idea kreatif buat tembok guna plastisin dan papan, terbukti berkesan!

Bagaimanapun, perkakas elektrik yang berlumpur dan gagal untuk berfungsi seperti sedia kala gara-gara banjir jangan dibuang dulu kerana ia mungkin masih boleh diselamatkan.

peti 1

Komponen penting iaitu PCB perlu dipastikan benar-benar kering sebelum menghidupkan suis peti ais.

Kali ini, mStar kongsikan cara untuk menyelamatkan peti ais yang ditenggelami banjir sebagaimana perkongsian di Facebook Kelate Loni.

1) Awas! Jangan sesekali menghidupkan suis peti ais sebaik sahaja banjir surut.

2) Sebaliknya, bersihkan dahulu bahagian dalam dan luar peti ais sehingga tiada lagi lumpur atau pasir yang melekat

3) Peti ais yang mempunyai (papan litar tercetak) atau kotak PCB di bahagian belakang, juga perlu dibersihkan agar 'bebas' tanah serta lumpur

4) Biarkan peti ais kering sepenuhnya, sekurang-kurangnya selama lima hari

5) Apabila sudah benar-benar kering, cuba hidupkan suis. Insya-Allah, peti ais boleh digunakan kembali. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain