BENCANA banjir yang melanda beberapa buah negeri khususnya Pantai Timur ketika ini sememangnya memberi impak besar kepada penduduk yang terjejas. Banyak kawasan yang dinaiki air sekali gus mengakibatkan kediaman penduduk rosak teruk, hingga menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Bayangkan dalam keadaan pusat pemindahan yang padat, sudah pastinya segala keperluan terpaksa dikongsi bersama-sama, bukan sahaja dari segi makanan dan barang keperluan tetapi juga bekalan elektrik. ARTIKEL BERKAITAN: Air banjir tak masuk rumah... Lelaki kongsi idea kreatif buat tembok guna plastisin dan papan, terbukti berkesan! Ketika ini, telefon bimbit menjadi perkara yang sangat penting kerana ia tidak sekadar digunakan untuk berkomunikasi tetapi mendapatkan informasi semasa. Namun, penggunaan telefon bimbit yang berterusan boleh mengurangkan bateri dengan cepat. Lebih stres, tidak sepanjang masa telefon bimbit dapat dicas ketika berada di pusat pemindahan banjir. Suasana di sebuah pusat penempatan banjir. -Gambar hiasan mStar kongsikan lapan tip untuk menjimatkan bateri, khususnya buat mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir. 1) Tukarkan mod bateri kepada mod penjimatan bateri (battery saving mode) 2. Tutup wifi/bluetooth jika tidak guna 3. Turunkan kecerahan (brightness) kepada tahap terendah 4. Tutup tetapan getaran (vibrate) 5. Tutup semua aplikasi yang selalu dibuka seperti WhatsApp, TikTok, Facebook dan sebagainya. Hanya buka apabila perlu. Selain menurunkan kecerahan dan kelantangan, hanya aktifkan aplikasi yang benar-benar digunakan sahaja untuk menjimatkan bateri. -Gambar hiasan 6. Tutup aplikasi navigasi dan pengesanan lokasi. 7. Tukar tetapan kelantangan bunyi dan getaran papan kekunci (keyboard). 8. Aktifkan mod malam (night mode) atau gelap. Dalam satu dapatan kajian oleh Purdue University, pada kecerahan 30 peratus hingga 50 peratus, penyelidik mendapati mod gelap menjimatkan tenaga sekitar tiga peratus hingga sembilan peratus berbanding mod cerah. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube