PASTI ramai dalam kalangan kita yang kurang memberi perhatian kepada jangka hayat bateri kereta. Bateri kereta sering kali dianggap sebagai komponen yang tidak memerlukan perhatian berkala, sedangkan hakikatnya, ia adalah salah satu alat penting untuk memastikan kereta dapat berfungsi. Ramai pemilik kereta hanya menyedari masalah bateri apabila enjin sukar dihidupkan atau apabila kereta tidak dapat dihidupkan langsung, biarpun sudah menunjukkan beberapa petunjuk. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta tiba-tiba rosak tepi jalan? Jangan panik, ini langkah penting yang perlu anda buat Antara petunjuk bateri kereta anda sudah sampai masanya untuk diganti: - Enjin sukar untuk dihidupkan atau tidak dapat dihidupkan langsung. - Lampu dan aksesori kereta menjadi malap atau tidak berfungsi dengan baik. Simptom bateri lemah boleh dikesan daripada frekuensi radio atau tetapan jam yang tidak tepat. -Gambar hiasan - Bunyi 'klik' terdengar apabila cuba menghidupkan enjin, tetapi enjin tidak berputar. - Lampu amaran bateri menyala pada papan pemuka. - Radio bermasalah seperti hilang signal atau tetapan frekuensi asal hilang - Tetapan jam tiba-tiba tidak menunjukkan waktu yang tidak tepat. Jadi, jika salah satu daripada enam petunjuk ini berlaku pada kereta anda, carilah masa untuk ke bengkel untuk periksa jangka hayat bateri dan gantilah dengan yang baharu jika perlu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube