SEBUT sahaja tentang bateri, pasti ada tarikh luputnya. Jangka hayat biasa bagi bateri kereta adalah sekitar dua hingga tiga tahun, bergantung kepada jenis dan penggunaan. Pemeriksaan berkala bateri penting untuk memastikan kereta berfungsi dengan lancar dan mengelakkan daripada situasi enjin tidak dapat dihidupkan terutama ketika waktu kecemasan. ARTIKEL BERKAITAN: Ada 6 petunjuk bateri kereta bakal tamat hayat... Jika ada salah satu, boleh terus ke bengkel ganti baharu Masalah ini sering dihadapi oleh pemilik kereta dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Justeru, apa yang yang perlu dilakukan jika enjin kereta anda sudah tidak dapat dihidupkan kerana bateri 'kong' (lemah atau rosak)? Untuk mencari kedai bateri atau bengkel, mahu tidak mahu enjin kereta perlu dihidupkan juga. Pemilik kenderaan perlu sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan berkala bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan Salah satu caranya adalah dengan melakukan jump start. Usah risau, berikut adalah panduan melakukan jump start dengan betul sebagaimana yang dikongsikan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom): 1. Sambungkan kabel merah pada terminal (+) bateri daripada kereta mati kepada terminal (+) bateri kereta membantu. 2. Sambungkan kabel hitam pada terminal (-) bateri kereta membantu kepada badan/blok enjin kereta mati. (Bukan di terminal (-) bateri kereta mati). 3. Hidupkan enjin kereta membantu. 4. Hidupkan enjin kereta mati. 5. Setelah enjin kereta mati berjaya dihidupkan, biarkan selama beberapa minit. 6. Buka sambungan kabel mengikut turutan terbalik (4,3,2,1) seperti gambar di bawah. Panduan info grafik daripada Puspakom. Kesimpulannya, sentiasa peka dan lakukan pemeriksaan berkala bagi mengelakkan anda menanggung masalah di kemudian hari. Bayangkan jika anda dalam keadaan terdesak seperti kecemasan, lewat ke destinasi atau sebagainya, pasti menyusahkan, bukan? Pendek kata, sediakan payung sebelum hujan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube