suria

Tukang rumah kongsi punca, cara cegah jubin meletup... Pilihlah kontraktor pakar, berpengalaman

Insiden jubin meletup terjadi disebabkan beberapa faktor termasuk kecuaian ketika pemasangan. -Facebook

PASTI ada dalam kalangan pemilik kediaman pernah berdepan dengan insiden jubin meletup (tile popping).

Tiada angin mahupun ribut, tiba-tiba sahaja penghuni rumah dikejutkan dengan bunyi letupan diiringi dengan rekahan kepingan jubin sama ada di lantai atau dinding.

Bukan sahaja menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan, tetapi insiden ini secara tidak langsung memberi impak dari segi kewangan kerana pembaikan dan penggantian jubin yang rosak pastinya melibatkan kos.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinding lembap, berkulat dan berbau... Jangan bimbang ini penyelesaiannya!

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, sebenarnya insiden jubin meletup ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.

Sebagai panduan bersama, mStar kongsikan enam punca masalah ini dan penyelesaiannya, sebagaimana perkongsian di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Punca jubin meletup:

1.Perubahan suhu drastik

Pengembangan dan pengecutan jubin akibat perubahan suhu yang ekstrem, seperti terdedah kepada haba matahari langsung atau suhu bilk yang berubah secara mendadak

2. Pemasangan tidak betul

Jubin mungkin tidak dipasang dengan betul seperti:

-Gam jubin tidak cukup: Ruang kosong di bawah jubin menyebabkan ia tidak melekat dengan kuat.

-Penggunaan simen yang tidak sesuai: Campuran simen atau gam jubin yang terlalu nipis atau tidak cukup kuat.

jubin 3

Jubin meletup dapat dikesan apabila kelihatan 'menggelembung' dan tidak sekata.

3. Jubin kualiti rendah

Jubin berkualiti rendah atau tidak tahan tekanan mungkin retak atau pecah walau hanya dengan sedikit tekanan tambahan.

4. Tekanan struktur bangunan

Bangunan yang mengalami 'settlement' (pergerakan kecil struktur) boleh memberi tekanan kepada jubin, menyebabkan ia terangkat atau pecah.

5. Ruang untuk pengembangan tidak mencukupi

Jika tiada 'expansion joint' atau jarak antara jubin terlalu rapat, pengembangan semula jadi jubin boleh menyebabkan ia saling menekan sehingga meletup.

6. Kelembapan atau air di bawah jubin

Air yang terperangkap di bawah jubin boleh menyebabkan tekanan apabila ia menguap atau menyebabkan substrat (lantai asas) menjadi lemah.

jubin 2

Jika jubin telah meletup, langkah terbaik adalah memanggil tukang untuk memeriksa keadaan lantai dan menggantikan jubin yang rosak.

7. Beban berat yang berlebihan

Beban berat seperti perabot atau objek yang terlalu berat boleh memberi tekanan tidak sekata pada jubin

Cara mencegah:

- Pastikan pemasangan jubin dilakukan oleh kontraktor yang berpengalaman.

- Gunakan jubin berkualiti tinggi dan pelekat jubin yang sesuai.

- Sediakan ruang untuk pengembangan jubin (grouting yang mencukupi).

- Elakkan perubahan suhu yang ekstrem atau beban berat di atas jubin.

- Jika jubin telah meletup, langkah terbaik adalah memanggil tukang untuk memeriksa keadaan lantai dan menggantikan jubin yang rosak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain