suria

Hadiah eksklusif, ganjaran hebat! Pengunjung bertuah boleh menang kereta EV sempena ulang tahun ke-9 Aman Central

PASTINYA anda teruja berpeluang berbelanja sakan dengan pelbagai tawaran dan penjimatan menarik yang berbaloi-baloi!

Sempena sambutan ulang tahun ke-9 pada Oktober 2024, pusat beli-belah ikonik di Kedah, Aman Central menawarkan kempen membeli-belah dari 25 Oktober 2024 hingga 28 Februari 2025.

Menerusi kempen bertemakan ‘9th Amazing Year’, Aman Central menawarkan pelbagai hadiah eksklusif, sagu hati dan ganjaran hebat, hidangan serta hiburan yang menakjubkan kepada masyarakat setempat.

MStar -9th Anniversary-2

Peserta berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah dan ganjaran menarik.

Sementara itu, bagi menandakan pencapaian hampir sedekad ini, satu siri acara menarik, promosi eksklusif dan aktiviti penuh keseronokan turut diketengahkan buat segenap lapisan masyarakat.

Sejak dibuka pada 2015, Aman Central menjadi pusat menghimpunkan kemeriahan fesyen, makanan dan hiburan mesra keluarga.

Memenangi pelbagai anugerah bagi destinasi membeli-belah utama dan gaya hidup, Aman Central terus berkembang memenuhi keperluan pengunjung yang sentiasa berubaha menerusi tawaran aneka kedai runcit, restoran serta pelbagai tarikan.

Dengan perbelanjaan maksimum RM300 dalam dua resit, gabungan di mana-mana kedai di pusat beli belah ini, pengunjung layak mendapatkan satu penyertaan cabutan bertuah.

Semakin banyak anda berbelanja, semakin tinggi peluang untuk menang, satu peluang yang tidak boleh dilepaskan!

MStar -9th Anniversary-2

Rebut peluang untuk menjadi tiga pembelanja teratas bagi memenangi hadiah menarik.

Selain itu, tiga pembelanja teratas sepanjang tempoh kempen berlangsung akan diberi ganjaran eksklusif berupa Hiasan Rumah ‘Swarovski Crystal’.

Pengunjung juga boleh mengikuti beberapa langkah mudah di media sosial Aman Central untuk menikmati penyertaan percuma dan peluang memenangi hadiah eksklusif menakjubkan, iaitu sebuah kenderaan elektrik (EV) MG model terbaharu!

Untuk menjadi pemenang, caranya cukup mudah. Pertama, anda perlu ikuti semua akaun media sosial Aman Central, ‘tag’ 3 rakan di feed peraduan dan ‘repost’ tanda pagar (hashtag) #AmanCentral #AC9Anniversary .

Anda bakal menerima satu bonus penyertaan dan hadiah eksklusif selepas penghantaran, berdasarkan yang terawal didahulukan dan sementara stok masih ada.

MStar -9th Anniversary-2

Ikuti langkah mudah disediakan untuk menyertai kempen membeli-belah.

Bagi memeriahkan kempen yang sedang rancak berlangsung, antara barisan peniaga dan jenama iaitu Auto Gallery, MG, Goodnite, Being Juice, Kidzooona, New Era, Richeese Factory, PUMA, Lotus's, Watsons, Swarovski, ecoBrown's, Delfi, Jordan, Little Trees, Nexcare dan Yupi turut menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Penolong Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Ken Chin, teruja meraikan ‘9th Amazing Year’ Aman Central yang menakjubkan ini bersama masyarakat dan pelanggan setia.

“Sambutan ulang tahun ini adalah peluang terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka selama ini.

“Kami berharap untuk terus menjadi destinasi utama membeli-belah dan hiburan dalam tahun akan datang serta memastikan 2025 mencapai kejayaan baharu untuk Kedah.

“Kami juga bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-10,” katanya dalam kenyataan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai kempen ‘9th Amazing Year’ Aman Central untuk memenangi hadiah daripada pelbagai jenama eksklusif. Sambil membeli-belah, sambil menang hadiah!

Ikuti perkembangan Aman Central dengan berkunjung ke laman web www.amancentral.com.my dan media sosial www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar dan www.tiktok.com/@amancentraltiktok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain