suria

Selepas memandu jarak jauh, ini 3 perkara penting anda kena buat jika mahu kondisi kereta sentiasa baik

TikToker James Alatin berkongsi tip memeriksa kereta selepas melakukan perjalanan jauh.

PEMERIKSAAN kenderaan sebelum melakukan perjalanan jauh sangat penting untuk memastikan keselamatan, keselesaan dan kelancaran perjalanan.

Lazimnya perkara yang akan diberi perhatian adalah tayar, minyak enjin, brek, lampu, pendingin hawa dan sebagainya.

Melakukan pemeriksaan bukan hanya dapat memastikan keselamatan perjalanan malah dalam masa sama mampu mengelakkan poket anda 'bocor' dek situasi luar jangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak kereta baharu meragam sebelum waktu, ini 5 elemen penting perlu kerap dipantau... Lepas 10 tahun pun tetap cun!

Namun, tahukah anda pemeriksaan kereta masih perlu dilakukan selepas menempuhi perjalanan yang jauh?

Dalam satu hantaran di TikTok, individu dikenali sebagai James Alatin berkongsi ilmu mengenai tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian selepas pemanduan jarak jauh.

kereta 1

Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian selepas melakukan perjalanan jauh adalah melakukan alignment dan balancing tayar. -Gambar hiasan

1) Air coolant dengan minyak enjin

- Selepas perjalanan yang jauh, periksa sama ada kedua-dua item ini berkurangan. Jika kurang, sila pergi ke pusat servis untuk membuat pemeriksaan dibimbangi berlaku kebocoran

2) Alignment dan balancing tayar

- Sepanjang menempuh perjalanan, secara sedar atau tidak mungkin anda terlanggar lubang atau terlanggar sesuatu.

Students washing a car at a Charity Fun Car Wash at Penang Down Syndrome Association (PDSA) Centre in Lebuhraya Rose.( May 15, 2024 ) — LIM BENG TATT/The Star

Biasakan untuk mencuci kereta selepas melakukan perjalanan jarak jauh. -Gambar hiasan

3) Cuci kereta

- Bukan sahaja untuk tujuan kebersihan, tetapi untuk mengesan sekiranya terdapat calar pada body kenderaan tanpa anda sedari.

Jangan ambil ringan, ya. Takut silap haribulan, tak pasal-pasal kereta anda tersadai di bengkel.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain