RESUME adalah alat yang sangat penting buat seseorang yang sedang mencari pekerjaan. Dokumen ini akan memberi tanggapan pertama majikan terhadap anda. Justeru, penstrukturan resume yang betul sangat penting untuk membantu anda mendapatkan peluang temuduga sebelum diterima sebagai pekerja. ARTIKEL BERKAITAN: Belum dipanggil temuduga dah redflag! Perekrut dedah jenis resume tak kan dibaca sampai habis, terus ‘pangkah’ Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh 'mencacatkan' resume sekali gus mengundang tanggapan kurang enak majikan terhadap anda. Jom kita teliti perkongsian oleh seorang recruiter atau career coach, Farid Affy mengenai tiga perkara yang perlu diberi perhatian dalam resume: 1) Pendidikan - Pendidikan sememangnya perkara penting dalam sesebuah resume, tapi ingat, tidak perlu meletakkan semua peringkat pendidikan termasuk ketika zaman persekolahan. Cukup sekadar meletakkan peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Resume yang menarik menjadi salah satu faktor untuk seseorang pencari kerja maju ke peringkat seterusnya. -Gambar hiasan 2) Pengalaman - Jangan sekadar meletakkan nama syarikat lama dan jawatan sahaja. Ini tidak cukup meyakinkan pihak pengurusan. Sebaliknya, anda wajib menyertakan sekali huraian skop kerja dekat syarikat lama. Barulah pihak pengurusan yakin untuk memilih resume anda ke peringkat seterusnya. 3) Biodata - Sebenarnya, biodata bukan satu perkara penting untuk dimasukkan dalam resume. Apa kata anda letak ruangan baru, contohnya 'Objektif kerjaya'. Pada bahagian ini, kongsikan motivasi dan pengalaman yang anda ada dalam bidang yang dipohon. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube