suria

Tak sangka ada cara senang nak halau tikus... Guna 3 bahan ini pasti ‘cik ti’ serik masuk rumah!

Bahan yang diperlukan untuk menghalau tikus.

TIKUS merupakan salah satu haiwan perosak yang sering ditemui di kawasan rumah.

Kehadiran tikus di rumah bukan sahaja menjengkelkan, tetapi juga dikhuatiri boleh membawa pelbagai masalah kesihatan dan kerosakan harta-benda.

Bayangkan jika tidak diambil langkah pencegahan, haiwan tersebut akan terus bermaharajalela sehingga beranak-pinak... memang menjengkelkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Guna racun pun tak jalan? Cuba 5 bahan semulajadi ini berkesan halau 'cik siti'

Bagi yang sudah cuba bermacam-macam racun perosak dan petua tetapi langsung tidak membuahkan hasil, apa kata cuba pula tip yang dikongsikan oleh seorang pelayar TikTok ini, @charlesliew74.

Hanya tiga saja bahan yang diperlukan, pasti cik ti tidak akan berani lagi menjejakkan kaki di rumah anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Lingkaran ubat nyamuk

2) Bawang kecil

3) Cuka

tikus 2

Bahan utama ramuan racun penghalau tikus iaitu ubat nyamuk dan bawang merah.

Cara-caranya:

1) Ambil sekeping lingkaran ubat nyamuk, patah-patahkan dalam saiz yang kecil dan masukkan dalam satu bekas

2) Titiskan cuka dalam bekas ubat nyamuk tadi

3) Ambil seulas bawang merah dan hiris halus dan masukkan dalam bekas tadi

4) Letakkan bekas berisi tiga bahan tadi di lokasi yang biasa dilalui tikus

Bau tajam yang terhasil dari campuran ubat nyamuk, cuka dan bawang merah akan membuatkan tikus menjauhi kawasan tersebut dan mencari tempat yang lebih selamat.

Dalam pada itu, ia boleh menjadi salah satu alternatif semula jadi untuk menghalau tikus tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia berbahaya.

Tapi ingat, berhati-hati Ketika meletakkan bahan tersebut kerana dibimbangi akan mudah diambil oleh kanak-kanak. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain