suria

Cepat bertindak jika sedar berlaku transaksi aneh, mangsa scam perlu buat 2 langkah penting ini

Kebanyakan mangsa penipuan adalah menerusi panggilan telefon. -Gambar hiasan

JENAYAH penipuan atau scam seperti tidak berkesudahan, malah saban hari ada saja kes mengenainya dilaporkan di media.

Lebih membimbangkan, ada mangsa yang mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit gara-gara terpedaya dengan pelbagai modus operandi scammer.

Biarpun sudah banyak kes mengenainya dipaparkan, namun kita tidak dapat menjangka bila dan siapa yang akan menjadi mangsa seterusnya kerana scammer sentiasa mencari cara baharu untuk menipu orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana pelajar, individu gaji kecil dan penganggur diperdaya jadi ‘keldai akaun’? Ini 5 cara elak kena scam

Jika anda menjadi mangsa scam, berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil dengan segera sebagaimana yang dikongsikan di laman web Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional:

Photo for money lost to scammer in Malaysia(02/10/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ada mangsa yang mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit gara-gara terpedaya dengan pelbagai modus operandi scammer. -Gambar hiasan

1) Segera hubungi bank atau 997

Jika menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank, segera hubungi hotline bank yang beroperasi 24 jam setiap hari. Meskipun insiden penipuan berlaku sudah agak lama, contohnya lebih dari 24 jam, anda masih perlu melaporkan penipuan itu kepada bank.

Atau hubungi talian hotline Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) iaitu 997.

Selepas mendapat laporan, NSRC akan menyelaraskan tindak balas oleh agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi:

- mencegah mangsa daripada menghadapi kerugian kewangan selanjutnya

- berusaha mengesan dana yang telah dicuri

- menjalankan penyiasatan terhadap jenayah penipuan tersebut

- mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah

Tindakan segera ini boleh membantu anda mengurangkan kerugian yang mungkin dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang.

2) Buat laporan polis

Ini langkah kedua selepas anda menghubungi bank atau NSRC. Buat laporan di balai polis berdekatan secepat mungkin. Tindakan ini penting untuk membolehkan pihak polis memulakan penyiasatan rasmi dan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjenayah.

Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain