ORANG tua-tua selalu berkata kalau wajah kita dan pasangan seiras maksudnya jodoh kuat!
Ungkapan itu bagai ada kebenarannya, kerana memang ada pasangan suami isteri yang wajah mereka kelihatan seiras dan hampir serupa.
Dalam sesetengah kes, jika tidak mengenali mereka dengan lebih dekat, mungkin ada yang beranggapan pasangan itu adalah kembar atau bersaudara sedangkan mereka adalah suami isteri.
Ahli fizik, Zamir Mohyedin turut memberikan pandangannya mengenai jodoh muka seiras adalah benar dan terdapat beberapa penjelasan yang menyokong pendapat berkenaan.
"Kita mudah tertarik dengan muka sendiri sebab kita rasa lebih selesa dan selamat. Tuntas, kita akan tertarik dengan orang yang muka dia iras dengan kita tanpa sedar.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terima abang arwah tunang jadi suami, terkejut tengok wajah seiras... Tiga minggu ambil masa minta petunjuk Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Fakta... Pasangan kurang kacak antara faktor wanita lebih bahagia!
"Ada kajian menunjukkan, apabila kita sama-sama buat aktiviti dengan pasangan, berkongsi persekitaran yang sama, emosi yang sama, raut wajah kita akan jadi hampir serupa," katanya di laman X.
Perkongsian Zamir itu dipersetujui beberapa individu lain yang masing-masing menyatakan wajah mereka hampir sama dengan pasangan.
Ada juga yang bercerita mengenai orang terdekat dengan mereka mempunyai wajah yang hampir sama dengan pasangan.
Antara komen netizen.
"Bila fikir balik, betul juga. Saya suka suami sebab muka dia lebih kurang dengan saya rupanya. Memang saya suka lelaki yang muka sama dengan saya. Kepala kecil, badan tak besar sangat, muka kecil," kata kimjiquin.
"Serius, pengetua sekolah aku dulu dengan isteri dia muka sama. Dapat anak pun muka sama ja. Mula-mula aku ingat adik beradik. Terkejut dapat tau tu bini dia.
"Dua-dua kacak dan lawa. Jenis muka siam, kulit putih, bibir tebal, hidung mancung, kening lebat. Dapat anak pun muka lawa dan kacak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube