KEJADIAN seorang kanak-kanak yang maut akibat tercekik gula-gula kenyal atau gummy ball menjadi isu tular sehingga menimbulkan kebimbangan ramai.
Insiden ini membuktikan bahawa tercekik boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran, sama ada ketika makan atau apabila menelan objek kecil.
Menurut Public Health Malaysia, mengetahui langkah kecemasan yang betul boleh menyelamatkan nyawa.
Berikut adalah perkara yang tidak boleh dilakukan jika seseorang tercekik:
1. Jangan tepuk belakang mangsa jika mereka masih boleh batuk kerana boleh menyebabkan objek masuk lebih dalam.
2. Jangan beri air atau makanan untuk cuba menelan objek yang tersekat.
3. Jangan berlengah atau bertindak segera jika mangsa tidak boleh bercakap atau batuk.
Tindakan yang betul boleh menyelamatkan nyawa mangsa tercekik. -Gambar hiasan
Sebaliknya berikut adalah langkah yang betul untuk membantu seseorang tercekik:
1. Minta mangsa mencondongkan badan sedikit ke hadapan.
2. Berdiri di belakang mangsa dan genggam satu tangan menjadi penumbuk.
3. Letakkan penumbuk di bahagian atas perut mangsa dan genggam dengan tangan sebelah lagi.
4. Lakukan hentakan kuat, cepat ke dalam dan ke atas untuk menolak keluar objek yang tersekat.
Jika anda sendiri tercekik:
1. Gunakan teknik yang sama dengan menekan perut sendiri.
2. Tolak bahagian atas perut ke atas permukaan keras seperti tepi meja.
Langkah-langkah kecemasan ini boleh menjadi penyelamat nyawa jika dilakukan dengan betul.