suria

Dah dapat ‘refund’ tapi masih ‘bising’, peniaga ajar pelanggan cara mengkritik lebih beradab

Seorang pelanggan ditegur peniaga yang berang dengan reviu dibuat. -Gambar hiasan

SEORANG peniaga terpanggil untuk menegur tindakan seorang individu yang berkongsi pengalaman mendapatkan semula bayaran (refund) selepas makan di sebuah restoran. 

Pelanggan tersebut mendapat semula wangnya selepas mendakwa makanan di kedai berkenaan mahal dan tidak sedap.

Namun selepas menerima refund, dia tetap 'bising' dengan meninggalkan ulasan negatif di media sosial sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

Menurut peniaga tersebut yang sudah berpengalaman lebih 18 tahun dalam dunia perniagaan, dia tidak pernah berdepan dengan pelanggan bersikap sedemikian.

Ramai pelanggan memilih untuk menjamu selera di kedai makan. -Gambar hiasan

Ada cara lebih baik untuk menegur

Peniaga itu menegaskan bahawa sebagai pelanggan adalah lebih baik bersemuka dengan pemilik kedai untuk memberi teguran dan cadangan sekiranya tidak berpuas hati dengan servis atau produk.

Selain itu, dia turut berkongsi sikapnya sebagai seorang pelanggan yang lebih suka menegur secara berhemah tanpa mengaibkan pemilik perniagaan.

Tambahnya, teguran baik bukan sahaja membantu peniaga memperbaiki perkhidmatan mereka, malah ia juga boleh membuka ruang kepada hubungan lebih erat antara pelanggan dan peniaga.

Dia turut mengingatkan bahawa kesombongan dalam memberikan teguran hanya akan menonjolkan kebodohan seseorang.

Mengakhiri perkongsian tersebut, dia menasihatkan agar semua pihak menjaga akhlak dan mengelakkan sikap suka mengecam tanpa sebab yang wajar.

Menurutnya, tindakan pelanggan tersebut ibarat belum bertemu 'buku dengan ruasnya' dan satu hari nanti dia pasti akan memahami kesan atau akibat daripada tindakannya.

Terdahulu, tular satu hantaran seorang pelanggan berkongsi pengalaman mendapatkan semula bayaran selepas makan di sebuah kedai.

Menu yang dipesannya adalah dua nasi putih, daging masak merah, mihun sup kosong, telur dadar, air tembikai, air epal dan pulut mangga dengan jumlah RM48.40.

Artikel Lain