suria

Ajinomoto (Malaysia) Berhad lancar laman web kelestarian baharu... Memperkukuh komitmen terhadap inisiatif ESG

Ajinomoto melancarkan laman web baharu sebagai langkah memperkukuh usaha ESG.

DALAM dunia yang semakin menitikberatkan kelestarian, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan langkah proaktif melalui pelancaran Laman Web Kelestarian baharu, yang menampilkan pelbagai usaha syarikat dalam bidang ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus). 

Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha AMB untuk memperkukuh komitmen terhadap kelestarian dan memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai peranan AMB dalam memperjuangkan kelestarian masyarakat. 

Ia sejajar dengan Matlamat Kumpulan Ajinomoto dan Hasil Kelestarian 2030, yang menyasarkan pengurangan kesan alam sekitar sebanyak 50 peratus serta membantu memanjangkan jangka hayat sihat untuk 1 bilion penduduk.

 

Dengan rekaan mesra pengguna dan akses mudah, laman web ini membolehkan pemegang taruh mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang inisiatif kelestarian dan sumbangan AMB dalam aspek ESG. 

Selaras dengan visi syarikat, “Membawa Kebahagiaan dengan Cita Rasa yang Menyatukan, Menginspirasi Kreativiti Makanan dalam Kehidupan Anda.”, platform ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta penglibatan masyarakat terhadap usaha kelestarian AMB.

Orang ramai dijemput untuk melayari Laman Web Kelestarian baharu ini menerusi laman web korporat syarikat dengan melayari: https://www.ajinomoto.com.my/sustainability.

Mengenai Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB)

Ditubuhkan sejak 1961, AMB merupakan antara syarikat usahasama Jepun terawal di Malaysia dan memulakan perniagaan sebagai pengeluar AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat.

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Ajinomoto, AMB terus berkembang menjadi pengeluar perasa makanan dan penambah perisa AJI-NO-MOTO® berkualiti tinggi yang dipercayai rakyat Malaysia.  

Produk keluarannya merangkumi AJI-NO-MOTO®, AJINOMOTO Gyoza, Seri-Aji®, AJI-SHIO®, TUMIX®, PAL SWEET®, AJI-NO-MOTO® PLUS, AJI -MIX™ dan aminoVITAL®, serta produk industri Tencho untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Melangkah ke hadapan, AMB beraspirasi menjadi Syarikat Makanan Halal Bertaraf Global yang Berorientasikan Pelanggan dengan menyumbang kepada penyelesaian isu makanan dan kesihatan melalui kepakaran serta inovasi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web : https://www.ajinomoto.com.my.

 

Artikel Lain