suria

Mydin lancar Kempen Excited Raya sempena Ramadan, Aidilfitri! Boleh beli baju Melayu serendah RM30

Datuk Ameer (kanan) bersama Nicole Tan Lee Koon (kiri) ketika menghadiri majlis.

MENJELANG Ramadan dan Aidilfitri, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan kempen ‘Excited Raya’ yang menjanjikan pelbagai penjimatan hebat, aktiviti menarik, serta peluang memenangi hadiah eksklusif. 

Kempen ini dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon dalam satu majlis diadakan di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan pada Selasa.

Bagi mereka yang ingin membuat persiapan awal, Mydin menawarkan pelbagai promosi termasuk baju Melayu dewasa dan kanak-kanak bermula dari RM30, baju kurung dewasa pada harga RM59.90, serta baju kurung kanak-kanak serendah RM39.90. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai barangan keperluan raya pada harga berpatutan bagi membantu pengguna berjimat.

Baju raya boleh dibeli pada harga serendah RM30 apabila berbelanja di Mydin.

Komitmen Mydin kepada masyarakat

Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, Mydin meneruskan kerjasama dengan 53 rakan pembekal bagi mengumpul dana sasaran sebanyak RM300,000. 

Dana ini akan disalurkan menerusi program tanggungjawab sosial korporat tahunan, MYDIN Prihatin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menyedari cabaran kewangan isi rumah, terutama selepas musim persekolahan. 

"Mydin berharap tawaran penjimatan ini dapat membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah untuk persiapan perayaan," katanya.

Bukan itu sahaja, Mydin sekali lagi menganjurkan program Iftar Sinar MYDIN 2025 dengan kerjasama Sinar Harian dan rakan pembekal. 

Sebanyak sembilan cawangan Mydin terlibat di seluruh negara termasuk Subang Jaya (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka), Mutiara Rini (Johor), Meru Raya (Perak), Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Jengka (Pahang), Tunjong (Kelantan) dan Petra Jaya (Sarawak).

Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi sekiranya berbelanja di Mydin.

Pulangan tunai dan peraduan menarik

Bagi pelanggan yang menggunakan e-dompet seperti Atome, MYDINPay, MYDIN PayFlex dan Shopback, mereka berpeluang menikmati pulangan tunai sehingga RM150,000 serta pelbagai diskaun menarik. 

Tawaran tersebut berlangsung dari 21 Februari hingga 30 Mac tahun ini.

Mydin turut bekerjasama dengan Ambi Pur dan Febreze bagi menganjurkan peraduan ‘Balik Kampung Macam VIP’. 

Dengan setiap pembelian produk bernilai RM20 di mana-mana cawangan Mydin, pelanggan berpeluang memenangi perjalanan pulang ke kampung dengan kereta premium.

Kempen Excited Raya -Mydin Mohamed Holding berhad with Exco Kerajaan Negeri YB Nicole Tan Lee Koon at Kempen Excited Raya.—SHAARI CHEMAT / THESTAR

Mydin menawarkan pelbagai promosi termasuk baju raya dewasa dan kanak-kanak.

Edaran bubur lambuk sempena Ramadan

Sebagai sebahagian daripada aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan, Mydin bersama rakan pembekal seperti 100 Plus, Adabi, Bestari, Faiza, Gas Malaysia, Hayati, Jati, Kawan, Khalis, MyRasa dan Ramly akan mengagihkan sebanyak 45,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di cawangan terpilih.

Kempen ‘Excited Raya’ ini berlangsung dari 1 Februari hingga 30 April tahun ini. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN di www.mydin.my.

Artikel Lain