suria

‘Car seat’ bayi ada jangka hayat, mak ayah kena periksa tempoh luput bimbang mudarat pada anak

Setiap tempat duduk bayi mempunyai tarikh pengeluarannya.

PENGGUNAAN tempat duduk bayi di dalam kereta atau 'baby car seat' amatlah penting zaman sekarang.

Selain membantu memberi keselesaan, ia juga bertujuan memastikan keselamatan si kecil apabila berada di dalam kenderaan sekali gus mengurangkan risiko kecederaan parah sekiranya nahas jalan raya berlaku.

Menerusi hantaran di laman TikTok, Brother Bear berkongsi jangka hayat tempat duduk itu yang direka khas untuk bayi.

"Tak kisah pakai jenis isofix atau seatbelt, semua tempat duduk bayi dibuat daripada plastik dan jangka hayatnya adalah enam atau tujuh tahun.

"Tak ada tarikh expired pada produk tetapi ada tarikh pembuatan. Jadi anda kena kira sendiri mengikut tahun pembuatan.

"Misalnya tahun 2025 ditambah dengan tempoh tujuh tahun," jelasnya.

Menurut pelayar itu lagi, sekiranya barangan masih digunakan selepas tarikh 'tamat tempoh', kemungkinan plastik padanya boleh merekah atau pecah. 

 

Artikel Lain