suria

Pakar kongsi 5 tip kalau mahu gambar dari telefon bimbit lebih ‘wow’ di Instagram

Mobile photography kini menjadi satu trend dalam kalangan anak muda. Gambar Hiasan: Lifewire

FOTOGRAFI hari ini begitu mudah sekali. Dengan wujudnya peranti telefon pintar, kita tidak lagi perlu mengusung kamera yang berat. Namun, masih ada beberapa aturan yang perlu dituruti agar gambar yang dihasilkan menarik dan berkualiti tinggi.

Sudah menjadi satu kebiasaan, ramai yang berlumba-lumba untuk mempunyai paparan terbaik bagi dikongsi di laman Instagram.

Khairul Amin.

Tapi macam mana untuk step up your game? Apa kata ikuti 5 tip yang diberikan oleh salah seorang game changer dalam dunia mobile photography tempatan, Khairul Amin.

1. Idea

Perkara pertama, sebelum memulakan sesi mengambil gambar, mestilah sudah mempunyai idea. 

Tanpa idea, bagaimana mahu menghasilkan gambar kan? Macam mana nak cari idea? Cuba rujuk akaun Instagram yang anda rasa gambar-gambar mereka power, ambil inspirasi dan idea kasar dari sana sebelum perhalusi idea anda sendiri. 

Sebenarnya, idea juga boleh datang dari mana-mana sahaja. Contohnya dari filem, iklan, persekitaran dan juga buku.

Banyak perkara di sekeliling yang boleh diambil sebagai idea dan inspirasi.

2. Perspektif

Perkataan perspektif itu sendiri sangat meluas. Dari mana nak ambil gambar, dari jauh, dekat, dari atas atau dari bawah? 

Anda mungkin ada idea tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya, apa yang penting anda perlu cuba. 

Apa yang anda lihat dari pandangan anda? Secara ringkasnya, perspektif ni cara untuk sampaikan idea. 

Tetapi, ia sangat penting kerana ia memaparkan bagaimana anda melihat sesuatu perkara.

Pilih perspektif terbaik kerana ia memainkan peranan yang penting dalam penghasilan gambar.

3. Pencahayaan

Cahaya semula jadi adalah sumber cahaya terbaik untuk fotografi. Dengan adanya cahaya yang mencukupi, ia boleh menjadikan sesebuah gambar kelihatan hebat dan cantik. 

Lebih baik jika anda mengambil gambar sewaktu golden hour antara 6 hingga 8 pagi atau 5 hingga 7 petang.

Cahaya merupakan elemen yang membantu dalam mengubah mood sesebuah gambar.

4. Komposisi

Peletakan/susunan aritistik setiap bahagian gambar. Dalam erti kata lain, kompisisi juga berkisar mengenai pembingkaian (framing). 

Dalam dunia ini wujud banyak bingkai semulajadi. Contohnya pokok, lengkungan di bangunan, garisan dan apa sahaja. 

Dengan adanya bingkai semulajadi dalam gambar, ia akan memberi fokus dan memberi kesan depth dalam gambar.

Selain cahaya, komposisi gambar juga perlu diambil kira.

5. Subjek

Jika ada subjek dalam foto, pastikan anda jelas dengan subjek itu. Peletakan subjek itu juga haruslah betul. 

Cuba ke kiri, kanan atau mana-mana sahaja yang bersesuaian.

Kenali subjek yang ada dalam gambar anda.

Semoga dengan contoh-contoh ini dapat menjadi panduan bagi anda yang gemar mengabadikan kenangan dalam bentuk foto.

Gambar-gambar menarik bukan sahaja mampu mempamerkan kreativiti masing-masing malah akan menjadi memori yang dapat dikenang pada masa hadapan.

mobile photography, Khairul Amin

Artikel Lain