suria

Awas jika tiba-tiba perangai berubah jadi budak, mata merah dan kulit kekuningan... itu petanda disihir anak kerak!

Kelakuan pesakit seperti kanak-kanak sebenarnya adalah petanda jelas untuk mengetahui seseorang itu terkena sihir anak kerak. Gambar Sekadar Hiasan

"KELAKUANNYA macam budak kecil yang merengek minta dibelai dan dimanja selain mahukan susu serta memanggil ibunya".

Itu antara perkongsian seorang pengamal perubatan Islam, Nur Hasrul Mohd Hassan mengenai seorang lelaki separuh abad yang terkena perbuatan sihir.

Sihir dihantar juga bukan calang-calang kata Hasrul, sebaliknya perbuatan syirik itu menggunakan anak kerak yang dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu, ustaz, pemuda kampung jatuh hati... Guru wanita tukar karakter seperti harimau

ARTIKEL BERKAITAN: “Akak perasan orang belakang Erin tak ada kepala” - Bahu wanita ini terus ‘berat’, chat tentang Boomerang misteri ter‘delete’ sendiri

Bercerita pengalaman merawat lelaki berasal dari Kelantan itu, Hasrul memberitahu kes melibatkan anak kerak sebenarnya jarang berlaku memandangkan ia sukar diperolehi.

"Kalau diikutkan sihir anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk di negara seberang iaitu Thailand dan juga di Pantai Timur seperti Kelantan.

Janin yang dibunuh ketika usia kandungan sekitar enam ke tujuh bulan akan dikecutkan bagi tujuan amalan perubatan untuk tujuan tidak baik.

"Anak kerak ini selalunya dibeli dari bomoh atau dipanggil Tok Cha Siam di selatan Thailand dan harganya mahal," katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai pengalamannya merawat warga emas itu, Hasrul memberitahu kelakuan lelaki itu yang berubah seperti kanak-kanak sebenarnya adalah petanda jelas untuk mengetahui seseorang itu terkena sihir anak kerak.

Malah katanya, proses membuang sihir berkenaan dalam badan individu yang terkena sihir sedemikian bukan mudah, terutamanya jika anak kerak digunakan daripada negara seberang.

"Kalau orang yang tidak sedar terkena sihir anak kerak dia bukan sahaja berlagak seperti budak-budak tetapi boleh meracau atau mengalami rasuk yang sukar dikawal.

"Jika ada yang boleh merasai atau melihat alam ghaib ini mudah untuk mengenali petanda termasuk kulit menjadi kekuningan, air liur meleleh dan mata berubah merah.

Atas sebab itu juga pada masa dahulu pantang untuk pasangan mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang tidak dikenali.

NUR HASRUL MOHD HASSAN 

PAKAR PERUBATAN ISLAM

"Tapi sejujurnya untuk membuang sihir anak kerak ini bukan senang dan seperti kes warga emas yang saya rawat ia memakan masa lebih tiga jam!" katanya.

Ini kerana katanya, seperti kes lelaki tersebut, jin anak kerak tidak mahu keluar selain sifatnya yang licik dan perlu menggunakan teknik betul bagi membuatkannya muncul sebelum disingkirkan.

Bagaimanapun kata Hasrul, seperti mana perubatan Islam lain, rawatan menggunakan Ruqyah dan berdoa kepada Allah adalah senjata utama dalam menumpaskan benda syirik tersebut.

Siapa sebenarnya anak kerak?

Tapi apa sebenarnya anak kerak ini? Hasrul memberitahu anak kerak paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi pertama bagi pasangan yang juga merupakan anak sulung.

Selepas dibunuh ketika usia kandungan sekitar enam ke tujuh bulan mayat akan dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan serta melakukan kejahatan.

Sihir anak kerak juga digunakan sebagai pelaris perniagaan, pengasih dan pendinding diri. 

"Atas sebab itu juga pada masa dahulu pantang untuk pasangan mendedahkan mereka anak sulung dan bakal dikurniakan anak pertama kepada orang tidak dikenali," ujarnya.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik kerana ia dikatakan akan 'memakan' tuannya sekiranya terbiar.

Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.

Tidak hanya digunakan untuk perbuatan sihir kepada individu, ada menggunakan anak kerak sebagai pelaris perniagaan, pengasih dan pendinding diri.

"Bagi yang menjadikan ia pendinding diri, anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik kerana ia boleh memakan tuannya sendiri jika diabaikan.

Artikel Lain