suria

Pengamal perubatan dimarahi nenek di tepi jalan, terkejut lihat wajah sama ada di rumah bidan baru meninggal - “Yang kau jumpa tadi jembalang hutan”

Kata Tok Qiqi, dia dan gurunya mengambil masa yang lama untuk tiba ke kediaman Nenek Kalsom. (Gambar Hiasan)

PERKONGSIAN kisah seram mengenai Nenek Kalsom di laman Facebook ternyata mengundang rasa seram dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, kisah yang diceritakan semula oleh seorang pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Tok Qiqi itu turut menerima lebih 1,000 tanda suka (likes) dan dihujani pelbagai komen.

Imbasnya, dia dimaklumkan Nenek Kalsom sudah tiga kali nazak sebelum bertolak menuju ke kediaman warga emas itu bersama gurunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek kebayan dah dicekup? Pakar tangkap jin dedah dialog penunggu hutan “Wajah dirakam.... biar kamu tahu keberadaan kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Cepat dia jalan” - Siapa nenek jalan bongkok tepi air terjun? Ibu tiba-tiba pengsan

Ujar Tok Qiqi lagi, wanita warga emas itu merupakan seorang bidan dan tukang urut kampung yang sudah terbiasa masuk ke hutan sendirian untuk mencari akar kayu sehingga pernah pulang pada waktu Subuh.

"Sepanjang perjalanan ke rumah pesakit, ada sahaja halangan. Kereta meragam, sakit perut, langgar binatang lah. Janji lepas Asar, pukul 9 malam baru nak sampai.Puas cari rumah, pusing dekat satu jam. Nak tanya orang kampung, satu hamba Allah pun tak nampak. Tok dapat rasa lain macam. Mesti ada tak kena.

"Dalam duk mencari, jumpa orang tua keluar dari hutan. Tok berhenti, guru Tok suruh tanya jalan ke rumah Nenek Kalsom. Masa turun kereta nak bertanya, bulu tengkuk dah meremang," ujar pengamal perubatan itu.

Pengamal perubatan itu mengalami banyak masalah sepanjang perjalanan mencari rumah Nenek Kalsom. (Gambar Hiasan)

Tambah Tok Qiqi, pertanyaannya bagaimanapun menerima reaksi tidak dijangka apabila dia dimarahi nenek tersebut.

Malah kata warga emas itu, Tok Qiqi bersama gurunya patut berpatah semula dan tidak perlu berkunjung ke rumah Nenek Kalsom.

"Dia pandang dengan senyum sinis. Mata dia kuyu je. Nenek tu kata tak perlu, baik balik je. Jangan sibuk bantu dia. Guru Tok dalam kereta tekan hon lambai-lambai. Tanya guru Tok, kenapa panggil, saya tak habis lagi tanya. Guru Tok suruh naik kereta. Dia kata tu bukan orang.

Guru Tok berbisik, yang kau jumpa tadi tu jembalang hutan. Belaan arwah.

TOK QIQI

PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL

"Tok toleh tempat nenek tu berdiri, Ya allah meremang menggigil Tok. Ada makhluk berbulu hitam, mata merah, Tok terus jalan," jelasnya lagi.

Selepas berpuluh kali menghubungi ahli keluarga Nenek Kalsom, panggilan akhirnya dijawab.

Malah, Tok Qiqi dimaklumkan oleh cucu Nenek Kalsom bahawa wanita itu sudah meninggal dunia sebelum Asar dan sudah selamat dikebumikan.

Bagaimanapun, dua individu itu tetap meneruskan perjalanan ke destinasi dituju sebelum disambut ahli keluarga Nenek Kalsom.

Menurut Tok Qiqi, Nenek Kalsom sudah meninggal dunia sebelum dia tiba di kediaman itu. (Gambar Hiasan)

Kata Tok Qiqi, dia terkejut melihat gambar wanita dalam rumah tersebut mirip dengan nenek yang ditemuinya dalam perjalanan ke situ.

"Naik je atas, Tok terpandang gambar di atas rak meja cawan. Terkejut Tok. Tok tanya gambar siapa ni? Cucunya kata, inilah arwah Nenek Kalsom. Tok terus terdiam sedekahkan al-Fatihah.

"Guru Tok berbisik, yang kau jumpa tadi tu jembalang hutan. Belaan arwah. Subhanallah. Semoga roh Nenek Kalsom diampuni dan dicucuri rahmat," kata Tok Qiqi.

Dalam pada itu, ramai netizen turut memberi komen berhubung posting itu.

Malah, ada yang mengakui takut gara-gara kisah itu yang dikongsi pada waktu tengah malam oleh pengamal perubatan tradisional tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain