PERCAYA atau tidak saka keturunan memang wujud dalam masyarakat kita. Pada zaman moden ini, sukar untuk mempercayai perkara mistik dan tidak ada sesiapa yang mahu mendampingi jin. Bagaimanapun ramai yang tidak tahu sama ada diri kita ini mewarisi saka tanpa disedari. ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan dimarahi nenek di tepi jalan, terkejut lihat wajah sama ada di rumah bidan baru meninggal - “Yang kau jumpa tadi jembalang hutan” Menurut Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah, selalunya jin berkaitan saka ini melibatkan beberapa perkara seperti ilmu pertahanan diri seperti silat, ilmu mengubat, ilmu menilik, ilmu hitam untuk menghantar sihir, santau pada musuh (diupah), ilmu saka berkaitan kecantikan (susuk), saka berkaitan urut mengurut, saka untuk menjaga kebun tanaman dan harta benda. Punca diamalkan Ceteknya ilmu pengetahuan agama tentang halal haram, kurangnya kemudahan moden seperti kita di zaman ini, ingin mencapai sesuatu matlamat yang diingini, ingin menjaga keluarga yang ditinggalkan kerana mencari rezeki. Jadi ini antara tanda-tanda saka yang wujud pada diri tanpa kita ketahui dan sedari antaranya: 1. Kita mengetahui dari cerita orang terdahulu seperti ayah, datuk atau moyang bahawa keturunan kita mempunyai ilmu yang hebat seperti permah menjadi bomoh, pahlawan, bidan, miliki ilmu kebal, ilmu ghaib, kononnya berkahwin dengan bunian dan handal mengubat. Barang-barang lama juga dikaitan dengan saka. Gambar hiasan. 2. Ahli keluarga adik beradik, sepupu yang melibatkan pertalian darah mempunyai simptom-simptom gangguan mimpi yang sama seperti sering mimpi bayi (menyusukan, melihat, terima bayi, melahirkan), sering mimpi didatangi seseorang memberi sesuatu seperti bungkusan atau ayat-ayat Al-Quran atau jampi serapah yang boleh digunakan untuk mengubat, menilik dan meramal. 3. Ada ahli keluarga yang tiba-tiba mempunyai ilmu seperti boleh mengurut, boleh berubat, boleh bersilat dan lain-lain tanpa mempelajarinya adakalanya kemampuan mereka merawat menjadi sebutan ramai orang. Contohnya boleh bedah secara batin untuk buang batu karang, bedah batin jantung dan sebagainya. 4. Keturunan mempunyai masalah yang sama seperti masalah zuriat (sering keguguran), masalah jodoh, gangguan mental, terdengar bisikan, panas baran tidak bertempat, sikap yang pelik, suka menyendiri dan bercakap-cakap dengan seseorang. 5. Anggota keluarga terdahulu mempunyai simptom sakit fizikal yang sama iaitu sering sakit sendi-sendi utama 'on-off' seperti rasa berat di tangkuk, bahu, sakit belikat, sakit pingang dan lutut yang berpanjangan tidak sembuh walaupun telah melakukan perbuatan moden. Penyakit kulit yang tidak sembuh-sembuh, kulit bersisik dan muka wajah berubah menjadi tua. Pelbagai petanda seseorang itu didampingi jin Gambar hiasan. 6. Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnoskan. 7. Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat. Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang. 8. Kadangkala boleh tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya itu adalah bisikan iblis dan jin. Boleh tahu barang yang hilang. Mendapat ramalan-ramalan tentang sesuatu dan perkara tersebut benar-benar terjadi. 9. Cucu-cucu yang keturunannya mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk dan agak memberontak, adakala tak mahu ke sekolah, tak mahu bekerja, tak mahu bergaul dengan orang. Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua agak kurang ajar dan sangat panas baran. 10. Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang, sentiasa berlaku perkara buruk dan pergaduhan dalam rumah tangga, berkahwin dan bercerai berulang kali. Bila bertunang kerap putus. Kerap mimpi bersama dengan jin (sama seperti tubuh badan suami). Berhati-hati dengan semua tanda-tanda ini, jangan putus asa untuk dapatkan rawatan. Al-Quran adalah menjadi rujukan utama dalam menempuh segala ujian manusia. Gangguan jin seperti sihir saka dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori ujian bagi orang yang beriman. Sebagaimana kata Abu al-Barra’ al-Ma’ani; "Bahawa rasukan jin terhadap manusia adalah termasuk dalam jenis ujian daripada Allah SWT, Allah SWT dengan kebijaksanaan-Nya menguji hamba-hamba-Nya dengan pelbagai jenis ujian dan rasukan adalah antaranya." Firman Allah: Dan kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian, dan kepada kami kamu akan kembali. (Surah al-Anbiya’ ayat 35), maka kepada sesiapa yang diuji dengan demikian itu hendaklah ia bersabar dan mengharapkan ganjaran serta habuan daripada Allah di samping berusaha untuk mengubatinya dengan sebab-sebab yang disyariatkan...." (Lihat Fath al-Haqq al-Mubin: 79) Justeru, dalam mengharungi segala ujian yang diciptakan oleh Allah SWT ini, tiada jalan lain bagi seseorang wanita itu kecuali kembali mengikuti manhaj yang telah digariskan oleh Allah SWT dan Nabi SAW. Melakukan segala yang diperintah oleh-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang sehingga mencapai tahap kategori yang disebutkan oleh Nabi SAW sebagai wanita yang solehah.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya dunia ini nikmat, sebaik-baik nikmat dunia adalah wanita yang solehah". Riwayat Muslim (64) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!