suria

‘Buang hajat’ di kawasan rumah ibadat... Pemuda pulang dari luar negeri terima habuan susah kencing, panas satu badan

Azril mengalami masalah kencing selepas membuang 'hajatnya' di tempat yang salah. Gambar hiasan.

KISAH yang berlaku lima tahun lalu ini dikongsi sebagai pengajaran. Bak kata orang, 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak'.

Pengalaman mengalami kesukaran membuang air kecil membuatkan Azril lebih berhati-hati menjaga perlakuan ketika melawat negeri orang.

Menurut pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini, kisah bermula ketika dia dan tiga lagi rakannya pergi bercuti ke sebuah negeri di Pantai Timur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur wanita berkebaya ketika joging, malamnya pemuda ini meraung sakit... Itulah, orang tua-tua pesan jangan keluar waktu Maghrib

Memandangkan sebelum ini dia lebih banyak tinggal di luar negara berikutan tugas bapanya sebagai jurutera. Sesekali sahaja mereka pulang ke Malaysia, jika bapa memohon cuti panjang.

Jalan-jalan pusing Malaysia

Jelas Azril yang kini berusia 26 tahun, peluang kembali ke negara sendiri merupakan detik yang ditunggu-tunggu kerana ingin mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi.

"Saya membesar di luar negara. Jadi apabila bapa sudah tamat tugasnya di luar negara, kami sekeluarga pulang ke tanah air.



Azril dan kawan-kawannya bercuti ke Pantai Timur. Gambar hiasan.

"Saya berada di luar negara sejak usia 11 tahun. Walaupun berjauhan, saya tetap berhubung dengan kawan-kawan baik saya di sini.

"Jadi kami bersetuju pergi bercuti bersama-sama ke beberapa buah negeri yang terkenal dengan pelbagai budaya.

"Kami bermula di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang," jelas Azril kepada mStar.

Saya tidak fikir panjang dan kencing di semak berdekatan tanpa pengetahuan kawan-kawan saya.

AZRIL

Tak tahan kencing

Ketika seronok menjelajah tempat-tempat menarik, mereka turut singgah di kawasan tempat ibadat di Pantai Timur itu. Disebabkan tidak tahan kerana banyak minum air, dia berasa hendak buang air kecil dan di kawasan tempat ibadat itulah menjadi sasaran.

"Ketika itu kami berada berdekatan dengan tempat keagaaman yang memang terkenal. Saya tidak fikir panjang dan kencing di semak berdekatan tanpa pengetahuan kawan-kawan saya.

"Tidak terlintas langsung di fikiran bahawa perlakuan saya itu dianggap tidak menghormati tempat di situ.

"Pada sebelah malam, saya dapat rasa sendi-sendi saya sengal dan kepanasan.



Azril mengalami demam dan sukar membuang air kecil ketika bercuti bersama rakan-rakannya. Gambar hiasan.

"Saya tidak boleh tidur walaupun ketika itu penghawa dingin dipasang dengan tahap sejuk maksimum.

"Keesokannya saya demam teruk dan mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah di KL," jelasnya.

Jatuh sakit

Jelas Azril sejak itu, dia mengalami kesukaran hendak buang air kecil dan demam yang teruk.

"Mama saya membawa ke hospital pakar dan doktor memberitahu saya hanya mengalami demam biasa, malah saluran kencing saya juga tidak ada masalah.

"Jadi saya hanya berehat sahaja di rumah. Setiap malam tidur saya terganggu dengan mimpi buruk.

"Melihat keadaan ini, mama terpaksa memanggil seorang ustaz ke rumah bagi mengubati masalah saya ini.

"Ketika ditanya apa yang berlaku, saya menceritakan semuanya tempat saya saya lawati.

"Ustaz hanya mengangguk faham dan dia menyuruh saya pergi kembali ke tempat itu dan meminta maaf. Ustaz itu juga menyuruh saya memberi sedekah beberapa keping wang siling sebagai denda.



Azril bersama keluarganya kembali ke tempat dia membuang air kecil dan membayar 'denda'.

"Jadi kami sekeluarga terus pergi tempat saya kencing itu, berjumpa dengan penjaga kawasan.

"Saya meminta maaf kerana kencing di kawasan itu. Selepas selesai semuanya, kami terus pulang," tambah Azril.

Lebih berhati-hati

Pada hari berikutnya, Azril kembali pulih seperti biasa.

"Saya boleh kencing dengan baik, malah badan juga kembali sihat.

"Serius saya memang serik dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.

"Memang saya akui, pada mulanya tidak percaya dengan benda-benda seperti ini, tetapi hakikatnya kita perlu menghormati tempat orang lain," akhirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Salah tempat, kencing, sakit

Artikel Lain