AHAD lalu, kita digemparkan dengan insiden kebakaran sebuah rumah usang yang dikenali sebagai Rumah 99 Pintu yang terletak di Jalan Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kebakaran banglo kosong itu membabitkan 70 peratus struktur kayu alang dan lantai rumah berkenaan yang dipercayai dibina pada awal kurun ke-19. ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur wanita berkebaya ketika joging, malamnya pemuda ini meraung sakit... Itulah, orang tua-tua pesan jangan keluar waktu Maghrib Bagaimanapun ramai berasa pelik bagaimana banglo usang itu boleh terbakar memandangkan tiada siapa berani mendekati kawasan itu ekoran ia dikatakan keras dan berhantu. Rumah 99 Pintu dikatakan dibina pada awal kurun ke-19. Kejadian kebakaran itu turut membuatkan nama Rumah 99 Pintu kembali menjadi perhatian apabila ramai tertanya-tanya tentang kisah mistik yang berlaku di kediaman itu.Dibunuh kejam ditangga, tempat seksaan mangsa tawanan tentera Jepun Menurut sejarahnya, ia dibina oleh seorang ahli perniagaan British dikenali sebagai Ramsden di tengah ladang kelapa sawit dengan seni bina Inggeris lengkap dengan 10 bilik, dewan tari, ruang tamu dan ia mendapat jolokan Rumah 99 Pintu kerana susunan lima hingga enam pintu di setiap bilik. Kisah rumah itu mula mendapat perhatian apabila pada 1948, cucu kepada pemilik banglo itu dikatakan telah dibunuh secara kejam. Menurut kisah yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, mangsa dikenali sebagai John St. Maur Ramsden telah ditembak tepat di kepalanya sebanyak dua kali dan mati serta merta. Bahagian luar rumah agam yang kelihatan masih kukuh. Lebih menyayat hati, ketika kejadian John dibunuh semasa sedang menuruni tangga di rumah berkenaan sehingga pembunuhan kejam itu diberi nama 'Murder on the staircase'. Motif kejadian atau siapa dalang di sebalik kematian John masih kekal sebagai misteri sehingga ke hari ini. Menambahkan seram terhadap apa yang berlaku dalam rumah tersebut, pihak tentera Jepun juga dikatakan pernah menakluk banglo itu sebagai markas ketika menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk kampung telah dikurung dan diseksa dalam kediaman itu. Dikatakan ada yang dibunuh di dalam banglo itu sehingga menyebabkan ia berhantu. Terdapat pelbagai kisah misteri menyelubungi rumah agam ini yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Suara orang dipukul, muncul pintu ke-100 tepat 12 tengah malam Selepas hampir 70 tahun berlalu, kisah di sebalik Rumah 99 Pintu terus menjadi perhatian malah ada mendakwa pelbagai kejadian pelik pernah berlaku di kawasan banglo itu. Suara jeritan seseorang meminta tolong akibat dipukul adalah perkara biasa selain ada mendakwa pernah terlihat kelibat menelusuri dari pintu ke pintu rumah tersebut selain bunyi gendang di tengah malam. Kejadian-kejadian aneh itu membuatkan ramai takut untuk mendekati kawasan itu namun ia telah mendapat perhatian 'bomoh' untuk melakukan aktiviti pemujaan. Golongan ini kononnya percaya, masih ada 'penghuni' dalam rumah tersebut sehingga ada yang sanggup bertapa bagi menyeru roh bagi tujuan tertentu. Lebih menyeramkan ada pula mendakwa terdapat pintu ke-100 dan ia akan muncul tepat pada pukul 12 malam tengah malam dan boleh masuk ke alam lain. Kejadian kebakaran baru-baru ini kembali menimbulkan tanda tanya mengenai misteri sebenar rumah agam berkenaan namun sebagai umat Islam, adalah berdosa besar mempercayai perkara dan perbuatan syirik. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!