STESEN kereta api zaman kini mungkin sudah banyak berubah dari segi kecanggihannya dan bukan satu masalah jika terpaksa berjalan sendirian pada waktu malam.Kisah seram di stesen kereta api bukan perkara baharu, malah terdapat pelbagai kisah yang cukup menyeramkan terutamanya di lokasi yang dibina sejak berkurun lamanya.ARTIKEL BERKAITAN : Rumah 99 Pintu tiba-tiba dijilat api setelah berkurun ditinggalkan, benarkah muncul pintu ke-100 jam 12 tengah malam? Namun di sebalik itu, terdapat 6 stesen kereta api di dunia yang dikatakan cukup menyeramkan selain mempunyai kisah mistik! Stesen Begunkodor pernah ditutup selama 42 tahun kerana kejadian misteri. 1. Stesen Kereta Api Begunkodor, India Stesen ini ditutup selama 42 tahun sehingga mengakibatkan penduduk di Begunkador sukar bergerak ke tempat lain selepas ia dikatakan 'keras'. Kisah seram stesen itu bertebaran apabila seorang pekerja di situ mendakwa pernah melihat hantu dan dia kemudiannya mati di tempat sama! Akibat itu ramai mula takut untuk ke sana sehinggakan ia terpaksa ditutup. Mengikut cerita yang bertebaran, penduduk kampung sering melihat seorang wanita lengkap memakai sari sering berada di stesen itu meskipun ia telah lama ditutup. Bagaimanapun, stesen itu dibuka semula pada 2009 dan dapat menghubungkan penduduk di Begunkador dengan Calcutta yang terletak 161 batu. Wanita menari sering dilihat di stesen Waterfront sebelum menghilang apabila didekati. 2. Stesen Waterfront, Kanada Stesen Waterfront ini dibina pada tahun 1915 di Gastown, Vancouver namun bangunannya menyimpan pelbagai kisah seram yang membuatkan ia terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan. Masih beroperasi sehingga ke hari ini, stesen Waterfront mula diselubungi dengan kisah seram pada 1920-an apabila seorang pekerja di stesen itu ternampak kelibat wanita sedang menari. Bagaimanapun ketika didekati, kelibat wanita itu tiba-tiba lesap dan muzik terhenti. Selain itu, pekerja pada waktu malam sering diganggu dengan kejadian aneh yang membuatkan ramai ketakutan. Dikatakan gangguan dan kelibat wanita menari pada waktu malam di stesen itu 'muncul' sehingga ke hari ini. Stesen Connolly pernah menjadi markas musuh pada perang dunia kedua. 3. Stesen Kereta Api Connolly, Ireland Stesen Connolly adalah salah sebuah stesen kereta api terbesar di Ireland tetapi ia musnah akibat serangan bom ketika perang dunia kedua pada 1941. Sebelum di bom, stesen itu juga menjadi tempat perlindungan musuh namun kebanyakan daripada mereka terkorban akibat serangan bom tersebut. Seperti kebanyakan kisah misteri lain, ramai mula mendakwa ternampak askar akan berjalan di platform stesen itu selain kelibat askar berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Bangunan stesen itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui kisah misteri menyelubungi lokasi itu. Pekerja penyelenggaraan terowong itu lari lintang pukang apabila mendengar jeritan seorang wanita ketika mereka sibuk bekerja. 4. Stesen Metro Panteones, Mexico Dalam bahasa Latin, Panteones membawa maksud tanah perkuburan dan stesen itu diberi nama berkenaan ekoran ia dibina berdekatan dengan dua tanah perkuburan. Dari stesen Panteones, ia menghubungkan stesen Tacuba melalui laluan bawah tanah di antara dua tanah perkuburan tersebut sehingga timbul pelbagai kisah seram pengguna stesen itu. Ini termasuk ada yang terlihat kelibat di bahagian tingkap selain ia dikatakan menggangu dengan mengetuk tingkap jika pengguna seorang diri dalam kereta api. Rakaman CCTV juga pernah menunjukkan pekerja penyelenggaraan terowong itu lari lintang pukang apabila mendengar jeritan seorang wanita ketika mereka sibuk bekerja. Suara jeritan wanita itu juga berjaya dirakamkan dan dapat didengar dengan jelas dalam CCTV tersebut. Dilaporkan seorang gadis pernah membunuh diri di stesen Caobao, China dan sejak itu stesen itu ditimpa pelbagai kisah seram. 5. Stesen Kereta Api Caobao, China China bukan sahaja terkenal dengan pembuatan barang tiruan tetapi kisah misteri! Jika ke Shanghai, pasti yang pernah menggunakan stesen kereta api bawah tanah Line 1, Caobao tetapi siapa sangka ia mempunyai 1,000 kisah seram! Dilaporkan terdapat sembilan kematian misteri berlaku di stesen itu yang kebanyakannya jatuh di platform apabila mereka dikatakan 'ditarik' oleh sesuatu saat kereta api tiba. Bagaimanapun kejadian seram di stesen itu berlaku apabila seorang gadis dilaporkan membunuh diri dan sejak itu pelbagai perkara aneh berlaku. Itu belum lagi suara wanita mengilai pada waktu malam. Pernah dalam satu kejadian, seorang pengguna terjatuh ke platform dan saksi mendakwa ternampak ada tangan yang menolaknya. Ada yang pernah melihat kelibat penumpang tidak berkepala yang menaiki kereta api selain bunyi hentakan di atas bumbung. 6. Stesen MRT Bishan, Singapura Kisah seram di stesen MRT Singapura bukan perkara baharu namun stesen Bishan paling mendapat perhatian. Seperti stesen Metro Panteones, Mexico, ia turut dibina di atas bekas tapak tanah perkuburan Bi Shan Teng. Sejak pembukaan stesen itu pada 1987, sudah mula bertebaran pelbagai kisah seram dan tidak masuk akal tentang stesen itu. Para pekerja didakwa pernah melihat kelibat beberapa orang membawa keranda berjalan di trek. Paling menakutkan, kelibat itu tidak berkepala. Itu belum lagi, kelibat penumpang tidak berkepala yang menaiki kereta api selain bunyi hentakan di atas bumbung. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!