suria

Suami isteri tanpa zuriat bingung rumah bau najis, kalau ada tetamu makin busuk... bantuan ustaz pun gagal, katanya sihir nak runtuhkan rumah tangga!

Fazilah memberitahu bau najis di rumahnya disebabkan perbuatan sihir. - Gambar Sekadar Hiasan

SUDAH hampir tiga tahun Fazilah dan suaminya, Ikhwan buntu dengan kejadian yang menimpa mereka. Mana tidaknya, rumah yang mereka diami berbau najis yang sangat busuk.

Namun satu yang pasti kata Fazilah, bau busuk itu berlaku disebabkan oleh sihir tetapi ia tidak mengganggu kesihatannya atau pun suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki pucat kebiru-biruan, petugas bilik mayat tahu wanita di depannya bukan rakan... “Gangguan perkara biasa, tapi tetap rasa takut”

Sebaliknya ia mengganggu emosi mereka suami-isteri yang sudah tidak tahan dengan bau najis tersebut.

"Dulu rumah saya ni meriah, ramai orang datang. Kadang-kala tu adik-beradik, anak-anak saudara datang lepak, tetapi sejak rumah berbau najis, ramai mula menjauhkan diri.



Sudah pelbagai cara dilakukan untuk mencari sumber bau busuk tetapi tidak berjaya. - Gambar Sekadar Hiasan

"Mana tidaknya, setiap kali ada tetamu, bau busuk itu akan menjadi lebih kuat sehingga semua orang tak tahan dan pulang," katanya.

Pada awalnya kata Fazilah, dia menyangka ada paip yang bocor atau pun bau itu datang daripada rumah orang lain, tetapi apabila bertanya dengan jiran tetangga mereka pula mengatakan bau itu datang dari rumahnya.

"Jangankan tetamu yang datang, jiran-jiran selang beberapa rumah pun boleh tercium bau busuk itu. Bayangkan saya dan suami yang duduk di dalam rumah.

"Ruang tamu, bilik, tandas, dapur semuanya bau najis. Bila berdiri dekat depan pintu sebelum masuk rumah pun boleh bau najis. Begitulah keadaan rumah saya... sampai hari ini orang takut nak datang," jelasnya.

Jangankan tetamu yang datang, jiran-jiran selang beberapa buah rumah pun boleh tercium bau busuk itu. Bayangkan saya dan suami yang duduk di dalam rumah.

FAZILAH

Perbuatan orang terdekat, cuba runtuhkan rumah tangga

Menyedari ada sesuatu yang pelik dengan situasi berlaku kepada mereka suami-isteri, Fazilah memberitahu mereka pernah berjumpa dengan beberapa ustaz untuk membantu menangani masalah dihadapi namun sehingga ke hari ini, gagal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengikut perkongsian beberapa ustaz yang ditemui, pihak yang menghantar sihir itu cuba meruntuhkan rumah tangga mereka namun dia enggan mengetahui individu di sebalik kejadian aneh di rumah mereka.

Jelas Fazilah, dia tidak mahu menyimpan prasangka dalam hati dan berharap semua kejadian menimpanya menjadi asbab untuk dia ke syurga kelak.

"Kemungkinan juga perbuatan sihir ini dilakukan kerana saya sudah 14 tahun berkahwin dan masih belum ada zuriat. Kejadian yang berlaku sebenarnya cuba memisahkan kami suami-isteri.

"Ada juga beberapa pihak yang kami rujuk memberitahu ada sesuatu yang menghalang saya hamil dan itu amat menyedihkan sekiranya benar.



Meskipun telah terkena sihir namun Fazilah enggan mengetahui siapa dalang disebaliknya.

"Apa-apa pun saya anggap semuanya rezeki daripada Allah, saya dan suami sudah berusaha namun rezeki masih belum berpihak kepada kami," katanya.

Ditanya mengapa tidak mahu berpindah, Fazilah memberitahu selepas mengetahui ia angkara sihir, dia dan suami merasakan berpindah bukan jalan penyelesaian dan perkara sama mungkin berlaku di rumah baharu.

"Ada beberapa ustaz yang datang ke rumah dan cuba 'bersihkan' bau busuk itu tetapi tidak boleh. Bau busuk itu semakin menjadi-jadi sampai tak tahan dan terbatuk-batuk.

"Bayangkanlah! Kadang-kadang saya menangis tengah malam sebab rumah saya memang bau busuk. Macam-macam cara dah buat, suami saya sampai naik buntu, Kalau pindah tak tahulah kemungkinan bau ini akan ikut atau pun tidak," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain