suria

Pukul 12 malam bayi mula menangis tunjuk ke satu arah... Kelibat hitam melintas di dapur beri petunjuk

Ingatkan tikus rupanya ada kelibat hitam kecil bergerak laju di dapur rumah

APABILA anak kecil kerap menangis pada waktu malam, sudah tentu setiap ibu bapa pasti mempunyai perasaan bimbang dan risau.

Ia berkemungkinan si kecil itu lapar, sakit atau terkena gangguan makhluk halus.

Peristiwa itulah yang dialami oleh Nurshahira, 28, selama seminggu apabila dia berdepan detik menakutkan kerana rumahnya di Wangsa Maju sering menerima gangguan mistik.

ARTIKEL BERKAITAN: Perabot kayu terpakai ada ruang rahsia, selepas dibawa masuk rumah tidur sekeluarga mula diganggu... Kemuncaknya munculah entiti seperti dalam mimpi

Lebih mesra dipanggil Shira, ibu kepada Aisy Fayyadh yang berusia setahun lima bulan ini berkata, setiap malam apabila hendak tidur, anaknya mula gelisah dan kerap menangis.

Pada awalnya, Shira menganggap ia sebagai perkara biasa tetapi kejadian tersebut berlanjutan hari demi hari.



Satu-satunya anak kesayangan Shira.

Apa yang lebih menakutkan, kejadian aneh itu akan berlaku di antara pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi, pada setiap hari.

Kata Shira dia cuba untuk mengatasi masalah itu dengan memainkan alunan zikir dan ayat suci al-Quran bagi menenangkan Aisy tetapi nampaknya ia tiada perubahan.

“Susah juga nak pujuk, saya dah buka lampu, bagi mainan tapi Aisy masih menangis. Bila tanya kenapa, dia hanya menangis dan tunjuk ke satu arah. Dia nak tidur sambil dukung dan peluk, lepas dah lena baru boleh letak dia atas katil semula.

“Pada satu malam tu dia menangis tak berhenti, bila suami saya laungkan azan, baru Aisy tenang. Masa tu juga kami bergegas kemas barang dan ambil keputusan untuk tidur di rumah mak," katanya.

Tambah suaminya yang mahu dikenali sebagai Syafiq kejadian itu tidak terhenti di situ, sebelum ini dia selalu terdengar bunyi guli dan seperti ada orang sedang menarik perabot pada lewat malam di rumah mereka.



Kerap dengar bunyi guli dan perabot diseret.

Selain kedengaran bunyi aneh di rumah, mereka turut ternampak seperti tikus lalu di dapur, tetapi apabila lihat semula ia seperti kelibat hitam kecil yang bergerak dengan laju.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Memandangkan tidak tahan diganggu, Shahira bersama suaminya memanggil ustaz untuk datang ke rumah bagi tujuan berubat.

Selesai sesi berubat, ustaz menjelaskan kejadian ni bukan perkara biasa dan memang ada gangguan makhluk halus. Walaupun ayat al-Quran dipasang tapi amat penting untuk ada penghayatan dan niat yang betul.

Terang ustaz lagi, jin tidak boleh masuk melalui badan anak kecil kerana bayi masih suci dari dosa tetapi makhluk halus tersebut ingin mengganggu kita melalui kanak-kanak mahupun bayi.

“ Alhamdulillah dengan izin Allah, Aisy dapat tidur lena lepas ustaz buat air syifa dan ruqyah untuk minum dan disapu pada muka kami semua, ” katanya.

Justeru Shira berharap kepada ibu bapa yang mengalami kejadian anak kerap menangis seperti ini supaya tidak ambil mudah terhadap apa yang berlaku.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain