suria

Meremang! Ada masa anak menangis, kadang tersenyum pandang anak patung... si ibu pernah alami hijab terbuka dapat jawapan selepas rasa sesuatu tak kena

Anak patung yang dibeli Ashiqin dikatakan menjadi tempat "tumpangan" benda lain.

SEORANG wanita berdepan peristiwa menyeramkan apabila anak patung yang dibelinya menjadi tempat 'tumpangan' makhluk lain.

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Ashiqin Alya Zulkifflee yang menetap di Melaka berkata, dia membeli anak patung tersebut untuk anaknya yang berusia setahun pada 14 September lepas.

ARTIKEL BERKENAAN: “Tutuplah mata tu tak payah pandang” - Disuruh jaga muka penuh jerawat, gadis akui menangis sebelum rakam video tapi tetap tenang jawab komen tak sensitif

ARTIKEL BERKENAAN: Betul-betul berkorban... guru sempoi ajar murid cara lompat tinggi lengkap berbaju Melayu - “Bukan sekadar bagi teori, kena tunjuk betul-betul”

Tidak ada apa yang aneh pada permulaannya, namun semuanya berubah apabila Ashiqin meninggalkan rumahnya untuk pulang ke kampung halamannya selama dua hari.

“Masa mula-mula beli, anak saya tak ada takut sangat dengan patung tu tapi lepas tu dua hari saya tak ada dekat rumah, patung tu berbiar je dalam rumah.

“Hari ke tiga saya balik bila saya buka patung tu nak bagi anak main, muka dia terus berubah macam nak menangis.

“Saya biarkan je sebab budakkan saya anggap benda biasa,” katanya.



Anak Ashiqin tiba-tiba takut apabila melihat permainan tersebut.

Namun Ashiqin mula merasakan rumahnya sedikit suram, dan anaknya mula menangis serta berkelakuan aneh.

“Esoknya saya buka patung tu lagi terus anak menangis sampai saya nak buat kerja pun tak boleh, nak pergi tandas tak boleh, tidur siang pun nak berteman kemudian tak macam kebiasaannya dia tidur lama, tiga hari berturut-turut macam tu.

“Lepas saya balik dari kampung tu sesekali dia macam senyum masa nak tidur siang dan malam, dia akan tengok ke arah pintu mengadap ruang tamu atau patung tu.

“Kalau saya alih patung tu ke tempat lain pun dia akan senyum-senyum mengadap pintu kemudian menangis macam kena pukul,” ceritanya.



Anak patung ini akhirnya terpaksa dibakar.

Ashiqin kemudiannya mendapatkan pandangan ibu kepada sahabatnya yang lebih arif mengenai perkara ini.

“Betul tekaan saya ada benda menumpang sebab tu anak takut. Jadi terus saya angkat patung tu dan mak mentua saya bakar.

“Masa angkat patung tu memang meremang jugalah,” katanya.

Menurut Ashiqin, anaknya kini pulih seperti biasa selepas anak patung tersebut dibakar.

“Saya tak pernah ada pengalaman macam ni, tapi dulu saya memang pernah berubat berkaitan hijab sebab dulu hijab saya terbuka jadi senang untuk saya “nampak” tapi sampai umur saya dalam lingkungan belasan tahun je.

“Sebab tu bila kejadian ni berlaku saya cepat sedar dan rasa macam ada sesuatu tak kena,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

anak patung, tumpang, mainan, robot, barbie

Artikel Lain