SEPULUH tahun Zaki mengabdikan diri terhadap kerjayanya sebagai seorang peguam, Zaki mula berasa penat dengan bebanan kerja yang tidak berkesudahan. Kehidupannya mewah namun jauh di sudut hati, Zaki tahu dia tidak gembira dengan kehidupannya dan mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung derita 12 tahun akibat ‘gabungan sihir dan gangguan jin’! Kaki wanita bernanah, badan rasa terbakar jika terkena hujan Tanpa sebarang perancangan, Zaki berpindah dari kota Kuala Lumpur yang menyesakkan dan memilih pulang ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan. Ketika mencari rumah untuk di sewa, Zaki terpikat dengan sebuah kediaman lama yang terletak sedikit jauh daripada jiran tetangga namun pemandangannya cukup mengagumkan. Zaki juga terkejut apabila pemiliknya hanya meminta sewa sebanyak RM300 sebulan. Zaki segera bersetuju dan berpindah masuk seminggu kemudian. Pelbagai gangguan diterima Zaki sejak berpindah ke rumah itu termasuk kemunculan seorang nenek tua. "Saya masih ingat pada hari saya berpindah masuk, ada seorang jiran datang membantu namun sebelum pulang dia sempat meminta saya berhati-hati. "Katanya rumah itu 'berpenunggu' dan sebab itu juga tiada orang ingin menyewanya," katanya. Zaki tidak mengambil pusing akan hal berkenaan meskipun terdekit di dalam hatinya tentang kata-kata lelaki itu apatah lagi dia tinggal seorang diri di rumah itu. Secara teknikalnya Zaki tidak berseorangan kerana dia turut membawa Kitty, Marshmellow dan Atan iaitu kucing kesayangannya tinggal bersamanya di rumah tersebut. Bagi mengisi masa lapang, Zaki turut membela arnab dan ayam di halaman rumahnya yang agak besar. Haiwan peliharaan mati, nenek tua munculkan diri Selepas hampir sebulan tinggal di rumah itu, hidup yang disangka tenang mula berubah menjadi mimpi ngeri buatnya dan apa dikatakan penduduk kampung mula menjadi realiti. Pandangan saya kabur dan semuanya jadi gelap selepas itu... Apabila sedar, saya berada di rumah seorang penduduk kampung. ZAKI Pagi itu, Zaki menemui tiga ekor arnabnya mati dalam keadaan menyayat hati seperti diserang oleh haiwan buas. "Petang itu, ada pekerja Indonesia dapat membantu bersihkan bangkai dan halaman rumah sebelum dia tiba-tiba beritahu ingin pulang dengan wajah ketakutan. "Apabila saya lihat keadaan sekeliling tiada apa yang pelik tapi ketika ingin masuk ke dalam rumah, saya ternampak seorang nenek tua sedang duduk di atas kerusi meja makan. "Hanya Allah sahaja tahu betapa takutnya saya ketika itu tetapi ia tiba-tiba hilang dari pandangan," ujarnya. Malam itu, Zaki mengurung dirinya di dalam bilik ditemani tiga ekor kucing kesayangannya namun sikap mereka berubah malam itu. Kucing-kucingnya tidak duduk diam dan sentiasa berlari-lari ke arah pintu seperti ingin keluar daripada bilik itu. "Ketika itu juga saya terdengar bunyi dinding dan tingkap seperti dicakar sesuatu dan ketika terlelap saya terjaga kerana terdengar suara budak menangis. Zaki pengsan tak sedarkan diri selepas ditegur nenek tua. "Itu belum lagi bunyi ada benda melompat di atas bumbung rumah atau seolah-olah ada sesuatu dibaling ke atas atap rumah," jelasnya. Entah mana datang keberaniannya, Zaki keluar daripada biliknya dan ingin menyiasat dari mana datangnya bunyi melompat di atas bumbung rumahnya. Berbekalkan lampu suluh, Zaki keluar ke halaman rumahnya dan mula terlihat beberapa kelibat berlari dan lenyap daripada pandangannya. Zaki cuba mengejar ke belakang rumah tetapi kemunculan nenek tua yang dilihatnya sebelum ini membuatkannya bungkam. "Pandangan saya kabur dan semuanya jadi gelap selepas itu... Apabila sedar, saya berada di rumah seorang penduduk kampung. Katanya pekerja Indonesia temui saya tak sedarkan diri keesokan harinya," katanya. Meskipun tiada kejadian lebih teruk berlaku namun Zaki mengambil keputusan berpindah dan pulang ke Kuala Lumpur. "Pengalaman yang sedikit itu pun cukup buat saya serik... Sepatutnya dari awal saya patut tanya orang kampung terlebih dahulu tentang rumah itu," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI