suria

Tak cukup tanah lari malam selepas kelibat hitam muncul depan mata... 5 sekawan pelik 'tuan rumah' asyik hilang setiap kali diganggu

Beberapa kali Syafiqah melihat kelibat muncul dihadapannya yang adakalanya menyerupai rakannya.

SELEPAS setahun belajar di rumah, Syafiqah akhirnya gembira kembali dapat menyambung pengajian di kampus dan bertemu rakan-rakan sekuliahnya.

Semenjak diberitahu semua pelajar boleh kembali ke kampus, dia bersama rakan-rakan yang lain sibuk mencari rumah sewa dan akhirnya mendapat tempat tinggal tidak jauh dari universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi dipatuk ular ketika hamil, terkam suami selepas bersalin... puncanya ada makhluk kiriman sihir pemisah menyorok di dapur rumah

Namun selepas melihat gambar rumah tersebut, hati Syafiqah berasa tidak sedap dan pelik kerana rumah teres dua tingkat itu hanya didiami oleh seorang wanita yang juga pelajar di universiti sama sebagai tuan rumah itu.

"Saya terfikir beraninya dia tinggal di rumah dua tingkat seorang diri... ada juga timbul rasa tak sedap hati tetapi mengenangkan rakan-rakan lain semua sudah bersetuju dan bayaran sewanya berpatutan saya teruskan juga.

"Perasaan tak sedap hati itu hanya sekejap sebab lebih kepada teruja dapat kembali ke universiti dan tinggal serumah dengan sahabat baik saya," katanya.

viral-video-hantu-seram-video-rumah-pengabdi-setan-dan-hantu-terekam-cctv

Apa lebih mendebarkan kelibat itu muncul di hadapan pintu sehingga membuatkan mereka ketakutan.

Pun begitu kata Syafiqah, pada hari mereka tiba di rumah itu, perasaan tidak sedap hati dan seram mula menyelubungi dirinya apabila disambut rakan serumahnya itu.

Raut wajahnya kelihatan pelik dan seolah-olah tidak terurus dan pandangannya juga tajam tapi Syafiqah hanya mampu telan sahaja apa dirasakan kerana tidak mahu merosakkan hari pertama perpindahan mereka.

Hari pertama pindah sudah diganggu

Pada hari pertama itu juga masing-masing sibuk mengemas barang dan menghias bilik bagi mendapatkan mood seperti berada di rumah sendiri.

Syafiqah bersama dua lagi rakannya, berkongsi master bedroom yang lebih luas manakala dua lagi memilih bilik sederhana terletak bersebelahan biliknya.

'Tuan rumah' pula memilih bilik yang terletak di bahagian bawah kerana lebih senang ke dapur dan mempunyai bilik air sendiri di bahagian itu.

"Ketika saya sedang mengemas barang, mata saya tiba-tiba terlihat kelibat seseorang di luar bilik. Saya sangkakan 'tuan rumah' lalu kerana sebelum itu saya terdengar tapak kaki tetapi apabila dipanggil tiada siapa menyahut.

Ketika keadaan nampak tenang, salah seorang kawan saya tiba-tiba menjerit sekuat hatinya kerana terlihat kelibat itu muncul di hadapan pintu.

SYAFIQAH

"Jam pula ketika itu sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan dua rakan sebilik sudah tidur... Bulu roma saya terus meremang dan mengambil keputusan untuk terus tidur," katanya.

Kejadian serupa boleh dikatakan berlaku setiap hari sehinggakan Syafiqah dan rakan-rakannya sentiasa membaca al-Quran dan solat berjemaah bagi mengelakkan diri mereka diganggu.

"Ingatkan saya seorang yang kena tetapi rakan-rakan lain juga pernah mengalami perkara sama tetapi masing-masing diamkan diri kerana takut," ceritanya.

Tidak tahan diganggu, Syafiqah berkata, dia dan rakan-rakannya pernah meminta bantuan seorang ustaz di universiti bagi memulihkan rumah mereka meskipun tidak dipersetujui oleh 'tuan rumah'.

Malah setiap kali mereka membaca al-Quran atau memanggil ustaz 'membersihkan' rumah itu, keadaan akan menjadi bertambah teruk sehinggakan rakannya pernah dirasuk.

"Bukan sahaja kawan dirasuk, makhluk itu sudah berani menyerupai kawan-kawan dan mengganggu kami setiap hari!

Pengabdi_Setan_2017-2021_09_27-22_44_31_8768f80e5030213913e57399c19a2a68_620x413_shared1

Setiap kali kejadian pelik berlaku, 'tuan rumah' yang juga penyewa menghilangkan diri.

"Jika kami mengadu atau panggil ustaz datang, pasti benda itu akan mengamuk dalam pelbagai cara," jelasnya.

'Tuan rumah' tak pernah diganggu

Tapi apa lebih pelik, 'tuan rumah' sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sering beritahu tiada sebarang kejadian pelik di rumah itu.

Malah dia mendakwa tidak pernah mengalami sebarang gangguan sepanjang tinggal seorang diri di rumah itu dan menganggap kami semua mengada-adakan cerita.

"Lebih pelik setiap kali ada kekacauan berlaku dalam rumah, dia seperti menghilangkan diri atau kejadian itu akan berlaku ketika dia tiada di rumah.

"Saya mula berasa tidak sedap hati bimbang kalau kejadian di rumah itu ada kaitan dengannya," ujarnya.

Paling terbaharu kata Syafiqah, dia bersama rakan-rakannya lari dari rumah itu pada waktu malam apabila kelibat itu memunculkan diri dihadapan mereka.

553

Sejak hari pertama berpindah, Syafiqah dan rakan-rakan sering diganggu.

Imbau Syafiqah, makhluk itu berwarna hitam, bersaiz besar, tinggi dan seakan-akan berbulu.

"Sebelum itu kami diganggu dan memilih untuk tidur di bilik saya beramai-ramai tetapi tetap diganggu sehingga membuatkan kami semua tidak boleh melelapkan mata.

"Tetapi ketika keadaan nampak tenang, salah seorang kawan saya tiba-tiba menjerit sekuat hatinya kerana terlihat kelibat itu muncul di hadapan pintu," ceritanya.

Dalam keadaan kelam-kabut, masing-masing mengambil barang-barang peribadi dan melarikan diri dari rumah tersebut kerana terlalu takut.

Paling misteri kata Syafiqah, ketika melarikan diri dia melihat 'tuan rumah' hanya berdiri di hadapan pintu tanpa berbuat apa-apa.

"Meskipun kejadian itu sudah sebulan berlalu dan kami pun sudah berpindah ke rumah lain, saya masih terfikir siapa sebenarnya 'tuan rumah' itu.

"Ketika kami datang kembali ke rumah untuk keluarkan barang-barang, dia juga tiada di rumah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain