suria

“Tak ada siapa, aku duduklah” - Mimpi makhluk huni bilik kosong, siap bawa kain baju... ustaz check memang betul ada!

Bilik di bahagian dapur rumah Yuyu ditumpangi 'sesuatu' kerana dibiarkan kosong.

KATA orang, mimpi hanyalah mainan tidur.

Namun melalui mimpi juga, ia kadangkala menghantar petanda atau peringatan kepada tuan badan.

Itulah yang dialami oleh Yuyu di mana dia bermimpi berinteraksi dengan seseorang yang tidak dikenali pada satu malam sehingga membuatkannya nekad bertindak selepas mendapat 'petanda'.

"Dekat dapur rumah saya ada satu bilik... dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu saya bermimpi.

"Sedang lalu di dapur dan ada orang duduk dalam bilik itu. Dalam mimpi itu nampak katil dan baju-baju orang itu. Saya pun tegur 'eh kemain duduk sini. Siapa bagi?'

"Dia jawab sambil marah. 'Dah tak ada sesiapa duduk sini. Aku nak duduklah'. Lepas dia cakap begitu, terus terbangun tidur," kongsinya.

3

Yuyu mendapat mimpi yang memaklumkan ada 'benda' menetap di bilik kosong di rumahnya. Gambar hiasan.

Menurut Yuyu, dia pada mulanya enggan mengambil pusing ataupun terlalu memikirkan mimpi aneh tersebut, sehinggalah dia berasa 'meremang lain macam' apabila melalui hadapan bilik kosong berkenaan sewaktu mahu ke dapur.

"Apahal pula rasa begini. Terus teringat mimpi. Mula-mula abaikan. Rasa perasaan saja kot. Tapi naik seminggu, rasa tak sedap (hati)," ujarnya.

Mana tidaknya, ketika sedang memasak bersendirian di dapur, Yuyu berasakan kehadiran seseorang di belakang dan memerhatikan tingkah lakunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba rasa meremang lalu tepi padang... Rupanya ada ‘benda’ bertenggek atas pokok besar!

Tidak mahu berterusan dibelenggu ketakutan lebih-lebih lagi di kediaman sendiri, Yuyu nekad memanggil seorang imam untuk memulihkan persekitaran rumahnya.

Alangkah terkejutnya Yuyu apabila diberitahu, sememangnya bilik kosong tersebut dijadikan ruang tumpangan makhluk lain.

Dalam mimpi itu nampak katil dan baju-baju orang itu. Saya pun tegur 'eh kemain duduk sini. Siapa bagi?'

YUYU

PEMILIK RUMAH

"Selepas kejadian itu, saya panggil orang bersihkan bilik. Bilik tersebut dijadikan bilik mainan anak. Tak tutup pintu dah. Hari-hari buka mengaji dalam bilik tu.

"Bukan bilik itu saja. Stor pun kemas habis. Hari-hari buka dan masuk. Tak ada apa nak buat dekat stor pun buka juga pintunya. Vakum atau sapu-sapu bilik," kongsinya.

Insiden seram yang dialaminya membuatkan Yuyu terpanggil untuk membuat perkongsian di media sosial agar orang ramai turut mengambil pengajaran dan mengelakkan perkara yang sama terjadi di kediaman masing-masing.

"Kesimpulannya, jangan biarkan bilik kosong di dalam rumah. Tak kisahlah letak apa pun di situ.

"Tak dapat masuk hari-hari, dapat dua hingga tiga hari sekali masuk bilik tu pun dah okay," kongsinya lagi.

4

Seminggu selepas mimpi tersebut, Yuyu berasa tidak sedap hati kerana berasakan ada 'benda' memerhatikannya, lantas memanggil seorang imam untuk memulihkan rumahnya.

Kisah Yuyu yang dipaparkan di laman Twitter Isu Semasa Viral sehingga kini meraih hampir 1,000 ulang kicau.

Malah ramai turut memberi cadangan agar bilik kosong di rumah dijadikan bilik tertentu agar tidak mengundang 'tetamu' lain untuk menumpang.

"Buat bilik solat, bilik ngaji, bilik untuk mentelaaah kitab hadis. Pendek kata jadikan bilik amal soleh.insyaAllah hantu syaitan tak suka.

"Lagi satu kalau boleh janganlah bagi radio mengaji. Syaitan tak hairan pun. Kita sendiri dan tadabbur... amalkan isi al Quran, baru syaitan goyang," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain