suria

Penjaga loji cabut lari nampak 5 ekor ular ‘berbaris’, tak sempat bertenang diganggu pula 3 susuk tubuh tanpa wajah

Lelaki itu terserempak dengan lima ekor ular ketika membuat rondaan di kawasan hutan. -Gambar hiasan (REUTERS)

RAMAI individu yang bekerja syif malam pernah mengalami gangguan misteri.

Tidak terkecuali, penjaga loji di Johor ini yang berkongsi pengalamannya berdepan gangguan misteri ketika bekerja.

"Saya nak berkongsi sebuah kisah semasa saya menjaga sebuah loji di Johor Bahru. Loji air ini terletak di kawasan yang dikelilingi hutan. Jarak loji dengan kawasan perumahan lebih kurang 5 kilometer (km).

"Saya biasa kerja ke loji dengan menaiki motosikal. Loji air tempat saya bekerja ni ada dua syif iaitu 7 pagi hingga 7 malam dan 7 malam hingga 7 pagi. Petugas yang menjaga loji air ini cuma dua orang, seorang senior berbangsa India dan saya.

"Biasanya dalam seminggu, saya akan bertugas di syif 7 malam hingga 7 pagi selama tiga hari, senior saya juga tiga hari, manakala untuk sisa satu hari lagi kami bertugas berdua hanya sehingga jam 7 malam sahaja.

file78jikjkm7zkdcbhtolr

Selain syif kerja pada waktu siang, penjaga loji itu juga perlu bertugas pada waktu malam. -Gambar hiasan

"Tugas saya adalah merekod bacaan pam air dan bacaan log untuk tangki air, sekali gus membuat rondaan clocking sekitar kawasan loji. Setiap dua jam saya akan membuat rondaan, manakala untuk log bacaan air pula setiap sejam," ujarnya memulakan bicara.

Menggunakan nama samaran Madboy Adi, dia mengimbas kejadian pada satu malam apabila dirinya terserempak dengan lima ekor ular di kawasan loji.

"Pada hari tersebut, saya bertugas malam seorang diri. Seperti hari-hari biasa, setelah selesai solat Isyak dan membuat rondaan, saya akan duduk menjamu selera berbekalkan nasi bungkus yang saya beli sebelum masuk kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram saat imbas kelibat budak menyorok di sebalik air terjun, pensyarah dedah 10 tahun hidup bersama ‘benda’ itu

"Setelah selesai saya akan menyambung semula tugas dengan membuat clocking. Pada malam tersebut hari hujan renyai. Semasa membuat rondaan di belakang loji, saya lihat di kawasan tanah lapang di belakang loji terdapat sekumpulan ular lebih kurang lima ekor dalam renyai hujan melingkar seakan berbaris," ceritanya.

Risau dengan kejadian itu, dia segera berlalu pulang ke post kawalannya dan cuba untuk bertenang sehingga tertidur.

file77jln0hysgo2599alwj

Suasana hutan yang sunyi pada waktu malam menambahkan lagi ketakutan penjaga loji itu. -Gambar hiasan

Dakwa pemuda itu, tidurnya bagaimanapun terganggu apabila dia menerima kehadiran tetamu misteri yang datang mengetuk tingkap.

"Hati saya mula rasa ada sesuatu yang tak kena. Saya cepat-cepat balik menuju ke post kawalan saya. Jam menunjukan pukul 5.30 pagi. Saya duduk di dalam post dan cuba bertenang sehingga saya terlelap. Tidur-tidur ayam.

"Ketika saya sedang tidur, saya terdengar ada seseorang mengetuk cermin tingkap di belakang kepala saya. Saya terkejut dan tersedar dari tidur.

"Hati berderau. Saya bertanyakan siapa tu? Tetapi tiada yang menyahut.

loji

Dia bergegas pulang ke pondok pengawal sejurus melihat lima ular misteri di kawasan loji. -Gambar hiasan

"Kemudian cermin tingkap diketuk dengan berkali-kali seseolah seseorang dalam kecemasan mengetuk cermin itu. Saya memberanikan diri membuka tingkap untuk melihat. Alangkah terkejutnya saya, saya melihat ada tiga susuk tubuh berdiri di tingkap dengan berpakaian jubah dan serban, pakaiannya serba hijau," ujarnya.

Tambah pemuda itu lagi, dia sangat terkejut kerana tiga individu itu tidak mempunyai wajah sehingga dia terpaksa memasang ayat suci al-Quran untuk menghilangkan ketakutan.

"Yang membuatkan saya terkejut kerana mereka semua tidak berwajah, mukanya kosong. Saya segera menutup tingkap dan memasang ayat ruqyah sehingga azan Subuh. Alhamdulillah sehingga jam 7 pagi, tidak ada lagi gangguan.

"Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya," ujarnya yang berkongsi kisah itu menerusi Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain