suria

Pesakit mengamuk di wad dedah di bahunya ada budak bertenggek, tak lama kemudian beritahu ‘dia nak ikut doktor balik’

Dr Azman turut mengarahkan jururawat agar menyuntik ubat penenang kepada pesakit. (Gambar Hiasan: REUTERS/Amit Dave)

NAMPAKNYA tiada harapan nak balik kerja pukul 6 petang.

Dr Azman yang bertugas di Jabatan Kecemasan terpaksa berada lebih lama di hospital untuk merawat seorang pesakit.

Dalam kejadian pada tahun 2019 itu, Dr Azman menunggu sehingga ke pukul 7.30 petang untuk merawat seorang pesakit yang dibawa masuk ke zon kuning.

Pesakit itu terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan berkelakuan ganas, malah Dr Azman turut mengarahkan jururawat untuk menyuntik ubat penenang.

Difahamkan, pesakit yang agresif itu ditangkap oleh orang ramai di tengah lebuh raya selepas meletakkan kenderaan di tepi jalan.

m2

Pesakit alami gangguan selepas masuk ke kawasan hutan.

Sejujurnya, ini kali pertama Dr Azman berdepan kejadian seperti ini. Selepas keadaan agak tenang, dia mula bertanya kepada pesakit mengenai apa yang berlaku.

Pesakit itu sebenarnya baru pulang dari jungle trekking bersama kawan-kawan, namun dia memandu sendirian ke lokasi itu.

Semasa dalam perjalanan meredah hutan, dia lalui sebuah perkampungan dan dia bertindak seperti biasa, tidak menganggu sesiapa.

Dia bagaimanapun berasa seperti ada seorang budak mengikutnya sepanjang perjalanan sejak melewati perkampungan itu.

Selepas keluar hutan, dia lega kerana bayangan budak itu telah hilang. Dia terus membawa kereta keluar dari tempat tersebut, namun berasa pelik kerana ada dua orang dewasa melambai-lambai apabila melihat ke cermin belakang.

m1

Pesakit itu meracau di lebuh raya sebelum dibawa ke hospital.

Apabila masuk ke lebuh raya, tiba-tiba dia merasakan ada budak bertenggek di bahunya dan dia terus berhenti sebelum melarikan diri ke tengah jalan.

Dr Azman hanya senyap mendengar cerita pesakit tersebut. Dia antara percaya atau tidak. Malah, pesakit berkenaan berkata budak itu pada masa itu berdiri di sebelah Dr Azman.

Tiba-tiba, mesin vital sign monitoring di katil sebelah berbunyi. Kawan Dr Azman yang bertugas pada malam tersebut terus berlari menuju ke katil itu. Nampaknya kadar oksigen pesakit tersebut menurun.

Pesakit yang agresif itu berkata budak tersebut sedang naik di atas dada pesakit di sebelahnya. Budak itu melompat-lompat di atas dada pesakit tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kunci mulut nampak kelibat di homestay, sudahnya rombongan kenduri trauma diganggu! Anak syok tidur peluk makhluk ‘lembut dan sejuk’

Dr Azman semakin keliru, macam mana nak selesaikan kes ini? Di katil lain pula, ada kes kanak-kanak berumur 5 tahun datang disebabkan demam panas.

Semua ujian darah telah diambil dan hanya menunggu keputusan. Tiba-tiba, kanak-kanak itu berkata kepada emaknya bahawa dia nak main dengan ‘friend’ dan ‘friend’ tersebut berada di atas katil.

Dr Azman bertambah pelik dan bermonolog dalam hati... Apalah yang akan jadi selepas ini? Aku nak balik dah ni.

Kemudian datang kawan Dr Azman yang bertugas malam itu, dia menyuruh Dr Azman balik dan akan melunaskan tugas tertangguh.

Intensive Care Unit at Queen Hospital 1 in Kota Kinabalu was back to operating normally after power was disrupted on Tuesday (April 19).

Kejadian yang dialami Dr Azman itu berlaku pada tahun 2019.

Dr Azman berasa lega dan merasakan hari yang dahsyat telah berakhir. Semasa sampai di pintu zon kuning, tiba-tiba pesakit tersebut menjerit.

"Doktor, hati-hati budak tu ada belakang doktor. Dia nak ikut doktor balik," ujar pesakit itu dengan kuat.

Begitulah situasi seram yang dilalui Dr Azman ketika dia bertugas sebelum pandemik melanda.

Ia merupakan pengalaman aneh pertama yang pasti akan terpahat di ingatannya sampai bila-bila.

Kisah itu dikongsi semula menerusi Kelab Cerita Hantu Malaysia oleh pelayar Facebook yang dikenali sebagai Syed Fareez.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain