suria

Tok ‘bomoh patah’ berdamping dengan jin, hantar ‘khadam’ rawat kaki pesakit... “Ajaib, boleh jalan macam biasa!”

Bomoh ini dikatakan menggunakan kaedah 'halus' untuk merawat pesakitnya. -Gambar hiasan (Freepik)

KETIKA rawatan saintifik dan moden menemui jalan mati, ada kalanya perubatan alternatif menjadi pilihan.

Sememangnya perubatan tradisional tidak salah di sisi undang-undang, malah diterima daripada hukum syarak selagi ia tidak menyekutukan Allah.

Namun tidak boleh dinafikan segelintir pengamal perubatan tradisional menggunakan pertolongan jin dalam rawatan mereka demi mengejar kemasyuran dunia.

Bomoh ini dikatakan menghantar sesuatu untuk merawat pesakitnya dari jauh. -Gambar hiasan

Hal itu tak ubah seperti perkongsian wanita ini mengenai rakan suaminya yang mendapatkan rawatan daripada seorang bomoh penuh misteri.

"Member suami sakit kaki. Jumpa 'bomoh patah'. Sebab apa nama panggilan dia macam tu? Sebab kaedah dia. Dia rawat dengan cara patahkan kaki ayam.

"Dia patahkan kaki ayam yang hidup lagi tu ye! Lepas dia dah buat macam tu, dia akan suruh pesakit dia balik.

"Dia ada pesan nanti tidur malam kalau rasa apa-apa diam je jangan buka mata. Dia cakap akan ada rasa macam benda datang urut kaki. Dan esoknya ajaib, tiba-tiba member suami tu boleh jalan macam biasa.

"Tak perlu tongkat apa semua. Tak pasti sekarang masih boleh jalan ke tak," kata wanita itu sukar mempercayai perkara mistik masih wujud dalam dunia kontemporari hari ini.

Makhluk itu dikatakan datang pada waktu malam ketika pesakit sedang tidur untuk 'membuat kerja'. -Gambar hiasan

Dek kerana tiada penjelasan logikal mengenai siapa yang datang merawat rakan suaminya pada malam hari, wanita itu mendakwa adanya campur tangan daripada jin.

"Dah sah-sah la yang datang malam tu jin dia. Mereka semua ni ada perjanjian dan interaksi dengan alam di sebalik mata.

"Jin itu seakan-akan 'haiwan peliharaan' dia, ikut apa yang disuruh oleh tuannya iaitu bomoh tu. Apabila disuruh pergi untuk menjalankan kerja kotor, dia akan pergi.

"Boleh bayangkan tak, mereka ni tak terikat dengan hukum fizik dalam dunia kita. Rumah kawan suami tu tingkap pintu semua tertutup rapat, ada dinding lagi, tapi 'makhluk' tu masih boleh tembus masuk.

"Jadi beringat la kalau patah kaki kena pergi hospital. Jangan buat main. Berhati-hati la dengan rawatan kampung ni, ada yang legit dan ada juga yang buat perjanjian dengan iblis," kata wanita itu.

Wanita itu mengatakan ini bukan kali pertama dia mendengar kisah mengenai tukang urut atau bomoh menggunakan ilmu ghaib untuk merawat pesakitnya.

"Biasanya tukang urut boleh urut pelanggan mungkin sehari dalam dua atau tiga orang maksimum paling ramai.

Masih kekal misteri cara seorang bomoh atau tukang urut merawat pesakitnya.

"Tapi ada satu pelanggan ni, dia cakap pernah jumpa tukang urut yang boleh urut sampai enam orang dalam masa satu hari.

"Orang yang kenal tukang urut tu cakap bukan dia yang urut tapi ada makhluk lain yang gantikan tempat dia untuk buat kerja.

"Siapa yang gantikan dia tu? Semestinya bukan manusia sebab muka dan suara sama macam tuan empunya badan," kata wanita itu sangsi mengenai gerak kerja tukang urut tu.

Wanita itu juga mengatakan kenalannya ramai yang melalui pengalaman sama iaitu kecederaan yang dialami boleh sembuh dalam masa satu malam apabila berjumpa dengan bomoh.

"Memang selalu dah dengar benda macam ni. Sakit tangan, sakit pinggang, lenguh sana, lenguh sini, semua jenis sakit la.

"Apabila jumpa bomoh diorang cakap bagi satu malam dan jamin esok tu terus sihat... bangun esok pagi memang sakit tu terus hilang.

"Macam mana boleh jadi begitu? Seram pula nak brain apa cara di sebaliknya," ujar wanita itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain