SERING kita dengar perbuatan khianat tidak hanya datang daripada musuh tetapi membabitkan mereka yang dekat dengan kita. Lebih melukakan hati apabila onar tersebut rupa-rupanya didalangi mereka yang berkongsi pertalian darah. Seperti diceritakan lelaki ini, ibunya menjadi mangsa 'tuju-tuju' oleh keluarga terdekatnya dek kerana mahu menguji keberkesanan ilmu hitam yang dipelajari. Ahli keluarga lelaki ini didakwa bersekutu dengan Iblis untuk menyakiti ibunya. (Gambar hiasan, Freepik) Lebih menggerunkan apabila pelaku itu dikatakan menggunakan calitan air mayat daripada arwah nenek mereka yang baru meninggal untuk menyempurnakan jampi sihir. "Pada satu hari ni, kami dikhabarkan dengan berita duka. Mak kepada ibu, iaitu nenek kami meninggal dunia pada usia senja. Nenek dah lama sakit tua. Khabar duka semestinya membawa kepada tangisan. "Rumah kami dan nenek dalam 14 kilometer (km) jaraknya. Nenek menetap bersama keluarga abang ibu. Kami sekeluarga pun pulang ke kampung. Seperti biasa, urusan berkaitan jenazah berjalan dengan lancar. "Malam tu, kami berkampung di rumah pakcik. Ahli keluarga silih berganti menjenguk dan membaca surah Yasin di sisi jenazah nenek. Keadaan rumah begitu suram dan sayu. Dia kenakan ibu dengan cara membaca jampi sambil mencalit air mayat arwah nenek ketika sedang bersalaman. ANAK MANGSA SIHIR "Keesokan harinya, Ibu dan adik-beradik yang lain memandikan jenazah nenek. Setelah selesai segalanya, nenek dikafankan dan persiapan ke alam abadi dijalankan," ujar lelaki itu memulakan penceritaan. Jenazah arwah nenek lelaki itu kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan dan diberikan penghormatan terakhir. Mengikuti adat masyarakat Melayu apabila adanya ahli keluarga meninggal dunia, kenduri arwah nenek lelaki itu dijalankan selama tujuh hari berturut-turut. Namun begitu, situasi aneh bermula tidak lama selepas itu apabila diperhatikan perubahan ketara pada badan ibu lelaki berkenaan. Sakit yang dilalui ibu lelaki ini dirasakan seperti sesuatu yang paranormal. (Gambar hiasan, Freepik) "Pakcik aku ada kata dekat ibu yang muka dia bulat macam belon, macam dah nak meletup. Kami mula tak kisah sangat sebab ingat itu gurauan kecil je, ibu anak bongsu dan dia dah biasa kena sakat dengan adik-beradik lain,. "Tapi apabila kami amati tubuh badan ibu, kami mula perasan. Badan ibu biasa je tapi wajah ibu memang membulat dan macam membengkak. Kami bawa ibu ke klinik untuk dapatkan rawatan tetapi tiada perubahan. "Apabila nampak bengkak ibu tak surut, kami dah mula syak ini bukan sakit biasa. Setelah dapatkan nasihat daripada yang lain, kami bawa ibu untuk berikhtiar perubatan Islam," terang lelaki itu. Ketika sesi berubat di pusat rawatan Islam tersebut, lelaki itu dikejutkan dengan satu pendedahan yang membuatkan hatinya luluh tatkala mendengarnya. Perjumpaan bersama ahli perubatan Islam membuktikan ibu lelaki ini terkena buatan orang. (Gambar hiasan, Freepik) "Surah-surah dibaca kepada ibu dan ahli perubatan Islam itu memberitahu kami yang bengkak itu bukan sakit biasa. Dikatakan bengkak itu adalah angkara sihir. Apabila dengar begitu ibumemang terperanjat. "Banyak persoalan bermain di fikiran. Kenapa aku? Apa silap aku? Siapa yang kirim? Ketika surah dibaca, Ibu memikirkan semua perkara-perkara itu untuk mencari sebab di sebalik perbuatan terkutuk tersebut. "Dan apa yang buatkan kami kecewa teramat adalah apabila perawat tu cakap 'benda' itu dihantar oleh orang terdekat. Ibu terdiam cuba mencari siapakah mungkin gerangannya. "Apabila ditanya dengan lebih lanjut untuk tahu siapa orang itu, perawat itu enggan jawab. Kami cuma mahu tahu adakah orang terdekat itu dari adik-beradik ibu juga," nyata lelaki itu dalam kebuntuan. Walaupun begitu, perawat itu berani berkongsikan bagaimana kaedah sihir tersebut dihantar kepada ibu. Ternyata air mayat dari arwah nenek digunakan sebagai bahan sihir. (Gambar hiasan, Freepik) "Perawat itu kata dia boleh buang sihir dari badan ibu tetapi dia tidak akan membalas dan menghantar semula kepada pelakunya. Ibu setuju tapi dia nak tahu bagaimana sihir itu dilakukan. "Ahli perubatan Islam tu pun cakap yang orang itu mahu cuba ilmu yang dia baru pelajari. Dia nak tahu sehebat mana ilmu dia. "Dia kenakan ibu dengan cara membaca jampi sambil mencalit air mayat arwah nenek ketika sedang bersalaman. Terkedu kami. Beristighfar panjang kami. Ini keluarga kami sendiri yang buat macam ni," luah lelaki itu kecewa. Di sebalik kekecewaan kerana dikhianti saudara sendiri yang tidak berhati perut, lelaki itu bersyukur kerana ibunya berjaya sembuh sepenuhnya daripada perbuatan sihir itu. "Syukur selepas rawatan itu ibu kembali pulih. Walaupun nama tidak diberitahu, Ibu tahu siapa yang melakukannya. "Sesungguhnya ibu benar-benar terkilan apabila tahu ahli keluarga sendiri mencuba ilmu syaitan kepadanya, semata-mata untuk menguji kekuatan ilmu yang dipelajarinya," ujar lelaki itu mengakhiri bicara. Sebagai peringatan hukum perbuatan sihir dalam Islam adalah berdosa besar. Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
"Keesokan harinya, Ibu dan adik-beradik yang lain memandikan jenazah nenek. Setelah selesai segalanya, nenek dikafankan dan persiapan ke alam abadi dijalankan," ujar lelaki itu memulakan penceritaan. Jenazah arwah nenek lelaki itu kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan dan diberikan penghormatan terakhir. Mengikuti adat masyarakat Melayu apabila adanya ahli keluarga meninggal dunia, kenduri arwah nenek lelaki itu dijalankan selama tujuh hari berturut-turut. Namun begitu, situasi aneh bermula tidak lama selepas itu apabila diperhatikan perubahan ketara pada badan ibu lelaki berkenaan. Sakit yang dilalui ibu lelaki ini dirasakan seperti sesuatu yang paranormal. (Gambar hiasan, Freepik) "Pakcik aku ada kata dekat ibu yang muka dia bulat macam belon, macam dah nak meletup. Kami mula tak kisah sangat sebab ingat itu gurauan kecil je, ibu anak bongsu dan dia dah biasa kena sakat dengan adik-beradik lain,. "Tapi apabila kami amati tubuh badan ibu, kami mula perasan. Badan ibu biasa je tapi wajah ibu memang membulat dan macam membengkak. Kami bawa ibu ke klinik untuk dapatkan rawatan tetapi tiada perubahan. "Apabila nampak bengkak ibu tak surut, kami dah mula syak ini bukan sakit biasa. Setelah dapatkan nasihat daripada yang lain, kami bawa ibu untuk berikhtiar perubatan Islam," terang lelaki itu. Ketika sesi berubat di pusat rawatan Islam tersebut, lelaki itu dikejutkan dengan satu pendedahan yang membuatkan hatinya luluh tatkala mendengarnya. Perjumpaan bersama ahli perubatan Islam membuktikan ibu lelaki ini terkena buatan orang. (Gambar hiasan, Freepik) "Surah-surah dibaca kepada ibu dan ahli perubatan Islam itu memberitahu kami yang bengkak itu bukan sakit biasa. Dikatakan bengkak itu adalah angkara sihir. Apabila dengar begitu ibumemang terperanjat. "Banyak persoalan bermain di fikiran. Kenapa aku? Apa silap aku? Siapa yang kirim? Ketika surah dibaca, Ibu memikirkan semua perkara-perkara itu untuk mencari sebab di sebalik perbuatan terkutuk tersebut. "Dan apa yang buatkan kami kecewa teramat adalah apabila perawat tu cakap 'benda' itu dihantar oleh orang terdekat. Ibu terdiam cuba mencari siapakah mungkin gerangannya. "Apabila ditanya dengan lebih lanjut untuk tahu siapa orang itu, perawat itu enggan jawab. Kami cuma mahu tahu adakah orang terdekat itu dari adik-beradik ibu juga," nyata lelaki itu dalam kebuntuan. Walaupun begitu, perawat itu berani berkongsikan bagaimana kaedah sihir tersebut dihantar kepada ibu. Ternyata air mayat dari arwah nenek digunakan sebagai bahan sihir. (Gambar hiasan, Freepik) "Perawat itu kata dia boleh buang sihir dari badan ibu tetapi dia tidak akan membalas dan menghantar semula kepada pelakunya. Ibu setuju tapi dia nak tahu bagaimana sihir itu dilakukan. "Ahli perubatan Islam tu pun cakap yang orang itu mahu cuba ilmu yang dia baru pelajari. Dia nak tahu sehebat mana ilmu dia. "Dia kenakan ibu dengan cara membaca jampi sambil mencalit air mayat arwah nenek ketika sedang bersalaman. Terkedu kami. Beristighfar panjang kami. Ini keluarga kami sendiri yang buat macam ni," luah lelaki itu kecewa. Di sebalik kekecewaan kerana dikhianti saudara sendiri yang tidak berhati perut, lelaki itu bersyukur kerana ibunya berjaya sembuh sepenuhnya daripada perbuatan sihir itu. "Syukur selepas rawatan itu ibu kembali pulih. Walaupun nama tidak diberitahu, Ibu tahu siapa yang melakukannya. "Sesungguhnya ibu benar-benar terkilan apabila tahu ahli keluarga sendiri mencuba ilmu syaitan kepadanya, semata-mata untuk menguji kekuatan ilmu yang dipelajarinya," ujar lelaki itu mengakhiri bicara. Sebagai peringatan hukum perbuatan sihir dalam Islam adalah berdosa besar. Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube