suria

“Terbeliak mata aku tengok bucu katil!” - Hantu asrama UK ‘sambut’ pemuda Malaysia, malam pertama penuh huru-hara

Melihat makhluk halus merupakan 'kelebihan' yang tidak dimiliki semua orang.

KEBANYAKAN orang yang terbuka 'mata batinnya' sering didampingi makhluk halus tanpa mengira masa dan tempat.

Begitulah kisahnya bagi pemuda ini yang terpaksa melalui pengalaman mistik di hostel ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).

Berkongsi insiden dilaluinya di Twitter, Akram Noor berkata dia 'ditindih' ketika malam pertama tidur di biliknya itu.

Gangguan makhluk halus ketika tidur pastinya menyeramkan. -Gambar hiasan

Menurut Akram, dia ketika di Malaysia juga pernah terbuka 'hijabnya' apabila melihat lembaga lelaki tua berada di dalam bilik ketika dia sedang tidur.

"Aku sampai dekat UK 25 September 2022. Terlambat dua minggu sebab tunggu nak selesaikan semua urusan imigresen. Aku sampai UK, esoknya tu dah start kelas.

"Bilik dekat hostel aku ni, tingkap dia jenis yang tebal dan kedap udara, sebab kalau musim winter tak nak suhu sejuk dekat luar masuk ke dalam bilik. Jadi, kalau aku tutup tingkap ni memang tak dengar apa dari luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau ‘review’ homestay puaka, sekeluarga kena kacau di London! Paling seram ibu nampak hantu mat salih mirip ‘slenderman’

"Apabila macam tu, segala bunyi dari dalam bilik aku dan bangunan hostel akan jadi extra jelas sebab bilik aku sunyi sangat kalau tingkap semua tutup.

"Malam tu first time aku tidur di tempat baharu, dan aku terlepas pandang satu pantang larang yang aku dah lama berpegang teguh," kata Akram.

Akram mengimbas kembali insiden lembaga lelaki tua di Malaysia dan selepas kejadian itu dia mengambil iktibar untuk tidak membiarkan pintu tandas di bilik tidurnya terbuka ketika tidur malam.

"Kalau tidur aku suka gelap dan aku akan tutup lampu, tapi kena ada cahaya sikit. Itu memang cara untuk aku tidur dan dah sebati dengan aku. Kalau di Malaysia, aku ada lampu kecil macam lampu meja untuk buka.

Selalu orang cakap Malaysia je ada hantu, tak pernah la jumpa hantu dekat Eropah... tapi bukan untuk aku.

AKRAM NOOR

"Tapi ini sebab malam pertama aku berada di hostel, jadi aku belum sempat lagi nak susun kelengkapan bilik semua. Dan malam tu aku secara tak sengaja biarkan pintu bilik air terbuka supaya ada cahaya masuk sikit.

"Ketika aku dah mamai tidur, aku memang penat waktu tu sebab flight dekat 11 jam juga. Tiba-tiba telinga kiri aku tangkap ada bunyi gesek-gesek, macam bunyi keronyok kain, memang jelas kedengaran sebab bilik aku sunyi habis.

"Bunyi gesek tu semakin lama semakin kuat dan semakin dekat, kemudian katil aku ada rasa macam terbenam sikit. Macam ada orang naik ke atas katil, bila dah macam tu aku terus terbeliak mata nak tengok bucu katil aku," kata Akram.

Walaupun begitu, Akram tidak dapat mengesan apa-apa pada bucu katilnya.

FVBdQx5UcAA72GF

Keadaan bilik Akram di Malaysia di mana dia ternmpak kelibat lelaki tua.

"Lama juga aku tenung bucu katil aku, memang tak nampak apa-apa. Aku tak tahu bunyi apa yang aku dengar tadi, bilik aku ni sunyi sangat. Aku pun sedapkan hati mungkin mainan fikiran dan cuba sambung tidur balik.

"Tak lama selepas tu, katil aku terbenam lagi. Aku buka mata laju-laju, tapi badan aku tak boleh bergerak, macam kaku je. Aku hanya boleh pandang siling, aku cuba nak bangun tapi aku tak dapat bangun.

"Aku cuba juga nak gerakkan badan tapi hanya jari je boleh gerak sikit. Mata aku terbeliak luas, aku hanya boleh nampak cahaya tandas dari ekor mata aku. Aku tahu ada sesuatu tengah tindih badan aku ni.

"Selama ni aku duduk tertanya-tanya, macam mana rasanya kena tindih, macam ni rupanya," getus Akram di dalam hati.

Ditindih ketika tidur adalah satu fenomena mistik yang menimpa ramai. -Gambar hiasan

Akram cuba membaca ayat suci al-Quran tetapi dirasakan begitu sukar untuk mengeluarkan suara dari mulutnya.

"Aku terus teringat nak baca ayat Kursi sebab itu je yang aku ingat waktu tu, tapi memang susah gila nak sebut dekat mulut ni. Bibir mulut aku tak boleh bergerak. Aku cuba juga sebut dalam hati.

"Aku dapat habiskan ayat Kursi tapi lambat, rasa penat dan seperti bisikan je yang boleh keluar dari mulut ni. Tak lama selepas tu badan aku akhirnya bebas, Alhamdulillah.

"Lepas bangun dari katil, aku terus tutup pintu tandas dan terus buka langsir tingkap luas-luas, dan aku terus lari bawah selimut. Aku berdoa dalam hati supaya cepatlah sampai waktu pagi," kata Akram.

Bilik tidur sepatutnya menjadi tempat selamat untuk seseorang. -Gambar hiasan

Pada malam keesokan harinya, Akram membuka lampu terang-benderang di dalam biliknya.

"Aku macam lebih tenang malam tu sebab ada rakan serumah aku nama James di bilik sebelah. Jadi aku tak rasa keseorangan. Aku pun cuba tidur. Akhirnya aku lelap.

"Tiba-tiba aku terjaga dari tidur, bilik aku masih terang-benderang, tapi aku dapat rasakan ada kehadiran sesuatu dalam bilik aku tu. Dan serentak dengan itu, mata aku tertancap pada 'dia', tak berkedip langsung mata aku pandang.

"Benda tu berambut panjang berdiri dekat pintu. Yang peliknya, aku tak ada rasa macam nak lari pun, aku dah macam mengalah dan terima je nasib aku. Benda tu datang menghampiri aku dan terus terkam aku.

Seseorang itu pastinya terkedu apabila ada 'peneman' di dalam bilik tidur. -Gambar hiasan

"Dia perlahan-lahan gigit lengan aku sampai hancur, aku menjerit kuat gila, rasa nak tercabut paru-paru ni. Terus aku terbangun, mimpi je rupanya. Badan aku berpeluh, pakej sekali dengan rasa penat dan takut, menggigil badan ni," kata Akram.

Keesokan paginya, Akram menelefon ibunya di Malaysia untuk memberitahu apa yang berlaku pada malam tersebut.

"Aku cerita dekat mak aku apa yang berlaku A-Z, mak aku pun seram dengar. Mak aku cakap mungkin sebab bilik tu kali pertama ada orang solat. Mak aku nasihatkan aku azan dekat setiap penjuru bilik dengan nada perlahan.

"Dan baca Yasin selepas Maghrib. Aku pun ikut nasihat mak aku dan sejak dari itu aku dah tak ada lalui benda seram dekat bilik aku. Dah genap setahun aku duduk di sini.

"Selalu orang cakap Malaysia je ada hantu, tak pernah la jumpa hantu dekat Eropah. Tapi bukan untuk aku. Tak sangka aku boleh kena kacau di UK. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Akram. - Akram Noor

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain