MEMASUKI kediaman baharu pastinya merisaukan, ada kemungkinan bukan kita seorang sahaja 'penghuni' di dalam rumah itu. Begitulah kisah yang dialami wanita ini apabila dia menjadi mangsa gangguan makhluk berbeza alam di sebuah rumah sewa di Sungai Petani, Kedah pada tahun 2004. Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Yan (bukan nama sebenar), segalanya bermula apabila dia terpaksa mencari rumah sewa kerana kediaman asal keluarganya sedang diubah suai. Bunyi statik televisyen boleh menandakan kehadiran makhluk halus. -Gambar hiasan "Sementara menunggu rumah mama dan abah aku siap sepenuhnya untuk renovation, kami terpaksa mencari rumah sewa selama enam bulan. "Aku dengan kawan rapat aku, Sue, pergi mencari rumah sewa di kawasan taman perumahan kami. Tiba-tiba kami nampak ada satu rumah biru ni yang sangat cantik dan sepertinya kosong tidak berpenghuni. "Rumah biru tu ada balkoni yang luas dan berbumbung. Aku macam cinta pandang pertama dengan rumah biru ni, aku pun beritahu mama dan abah tentang rumah tu apabila aku pulang malam tu. ARTIKEL BERKAITAN: Budak hostel degil cuba bongkar misteri aras 3 asrama, akhirnya terus pindah sekolah - “Ada perkara lebih elok tak diketahui” "Dan mereka bersetuju apabila aku ceritakan tentang keadaan rumah biru tu. Seminggu kemudian, kami sekeluarga pindah ke rumah biru yang cantik tersebut," ujar Yan. Walaupun begitu, ketika tiba di perkarangan rumah biru itu, Yan berkata dia dapat mengesan ada sesuatu yang janggal tentang kawasan rumah berkenaan. "Aku perasan warna cat rumah biru tu hampir pudar serta ada lumut-lumut kecil pada dindingnya, rupa keadaan sebegitu membangkitkan suasana misteri pada rumah ini. Biarkan la keluarga aku nak terus tinggal dekat rumah sewa tu, tapi sudah tentunya bukan aku. YAN "Tak lama selepas tu, aku dan keluarga ditegur oleh jiran baharu kami yang senang disapa sebagai Ani, umurnya seperti pertengahan usia. Makcik ni nampak gembira apabila dapat tahu dia ada jiran baharu. "Tapi apabila aku duduk tenung muka makcik Ani sambil dia tengah rancak bersembang, aku dapat rasakan dia ada menyimpan satu rahsia. Tapi apakah ia, itu yang menjadi tanda tanya," getus Yan dalam hati kecilnya. Tambah Yan, dua minggu pertama dia di dalam rumah tersebut, semuanya dalam keadaan yang baik, namun babak misteri mula menyusul tidak lama selepas itu. "Kami masuk rumah sewa waktu tu ialah bulan Ramadan. Semuanya okay setakat masa tu. Waktu dua minggu pertama, mama abah sibuk kemaskan rumah sebab baru pindah masuk kan. Kediaman yang tidak berpenghuni dalam tempoh lama boleh mengundang kehadiran makhluk halus. -Gambar hiasan "Aku pula dipaksa untuk belajar sebab waktu tu aku tengah nak menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Ada satu malam tu, aku tengah khusyuk study. Mata ni dah berat rasa tapi gagahkan juga sebab nak kejar result cemerlang. "Untuk pengetahuan semua, dekat meja belajar aku ni ada cermin yang boleh tengok keseluruhan bilik termasuk dari arah pintu. Tiba-tiba, muncul abah dengan muka serius berdiri terpacak belakang aku. "Mata aku yang tadinya lali, terus terjegil la, berlakon macam semangat gila study, takut abah berleter. Tapi apabila aku toleh ke belakang nak bercakap dengan abah, hilang terus abah, mana dia pergi?" soal Yan bingung. Yan cuba menyedapkan hati yang itu mungkin mainan fikirannya, kemudian Yan tiba-tiba terasa hendak terkencing dan terus meluru ke tandas di luar biliknya. Makhluk halus boleh muncul dengan pelbagai rupa untuk mengganggu manusia. -Gambar hiasan "Aku buka pintu bilik untuk pergi ke tandas, nampak abah di ruang tamu tengah tengok televisyen yang siaran kosong sebab dah pukul 12 tengah malam waktu tu. Mata dia straight je tengok ke televisyen. "Aku cuba menghampiri abah, nak kejutkan dia mungkin dah tertidur ke. Tapi badan dia keras je, mata tak berkedip. Pelik. Tapi sebab aku dah nak terkencing, aku endahkan je la dan sambung hajat nak ke tandas. "Apabila aku dah nak sampai tandas, aku nampak mama pun nak ke tandas juga. Aku minta bagi aku masuk tandas dulu sebab dah tak tahan sangat ni. Sementara tu aku minta mama kejutkan abah ajak dia masuk tidur dalam bilik. "Apabila aku cakap macam tu, muka mama macam berkerut, dia kata abah dah ada sedap tidur berdengkur dalam bilik. Berderau terus darah aku," kata Yan. Yan segera kembali ke ruang tamu rumah sewanya untuk memeriksa dan terkejut dengan apa yang ditemukan. "Ruang tamu tu kosong, televisyen pun tertutup dan kipas tidak dibuka. Aku macam tergamam, aku tahu apa yang aku nampak tadi bukan mimpi. Aku cuba pergi sentuh skrin televisyen tu, masih panas, maksudnya baru ditutup. "Itu sahkan apa yang aku rasa, ada sesuatu yang sedang berlaku, tengah otak aku ligat berfikir untuk proses senario yang baru terjadi, tiba-tiba ada suara garau lelaki menyergah di telinga aku. Rumah sewa yang 'keras' boleh mempunyai aura tertentu. -Gambar hiasan "Mata aku terus gelap, jantung aku seakan terhenti dan aku tidak sedarkan diri," ujar Yan mengimbas semula kejadian. Yan mengatakan apabila dia sedarkan diri keesokan paginya, badannya sudah terkulai lemah di atas katil. "Apabila aku bangun je, aku dapat rasakan badan aku panas sangat. Kepala aku rasa berat semacam dan kepeningan. Mama aku ada dekat tepi katil tengah demah badan aku dengan air, aku demam panas teruk. "Aku tanya apa jadi ni sebenarnya, mama cakap dia jumpa aku semalam di ruang tamu dah pengsan, seluar aku basah dengan air kencing. Baru aku teringat apa yang berlaku, meremang terus bulu roma aku. "Seminggu lebih juga aku ambil masa nak pulih demam. Selepas keadaan dah reda, aku ambil keputusan untuk menumpang rumah kawan aku, Sue, sementara nak tunggu rumah siap renovation. "Biarkan la keluarga aku nak terus tinggal dekat rumah sewa tu, tapi sudah tentunya bukan aku. Hari terakhir aku nak tinggalkan rumah sewa, aku nampak makcik Ani jiran sebelah tersenyum je tengok aku, dia ni confirm ada sesuatu," fikir Yan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube