PENGALAMAN bersalin anak pertama menyebabkan Wani trauma sehingga dia meluahkan hasrat untuk 'menutup kilang' dalam tempoh beberapa tahun. Ketika melahirkan putera sulungnya di sebuah hospital pada Disember tahun lalu, Wani berkata dia berdepan kesakitan melampau ekoran komplikasi yang berlaku. Tidak cukup dengan itu, ujar Wani dia juga beberapa kali berdepan gangguan mistik ketika ditahan selama beberapa hari di hospital berkenaan. Diganggu dengan bayang-bayang serta bunyi aneh khusunya pada waktu malam menjadi antara ujian yang perlu ditempuhi Wani. Namun, kemuncak gangguan itu berlaku pada malam terakhir sebelum Wani dibenarkan discaj yang mana ia benar-benar meninggalkan kesan mendalam buatnya. Imbas Wani, gangguan mula berlaku selepas waktu Maghrib ketika selepas dia selesai membersihkan diri. Ketika itu, tidak ramai pesakit berada di dalam wad berkenaan, malah suasana juga agak sunyi dan lengang. Wanita baru bersalin masih berada dalam keadaan lemah, menyebabkan mereka mudah terkena gangguan mistik. -Gambar hiasan Ketika Wani berbaring di katilnya, dia mula terhidu bau hanyir yang tiba-tiba menerpa, menyebabkan dia loya dan hampir termuntah. Ketika Wani mahu mengambil tisu di sebelah katilnya, dia terkejut apabila menyedari terdapat kelibat hitam berambut panjang berada di tepi tingkap wad. Katil Wani terletak di betul-betul di tepi tingkap, menyebabkan dia terus menjerit meminta pertolongan akibat terkejut. Wani cuba melihat ke arah tingkap sekali lagi, namun dia mendapati sudah tiada sebarang kelibat berada di situ. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Orang Asli mati beranak, polis urus kes ‘menyusul’ kemudian... Anak dedah bapa derita terkena badi mayat ARTIKEL BERKAITAN: Tidak bertuan, keris peninggalan arwah bapa tiba-tiba berdiri sendiri... Anak meracau selepas buka ikatan kain kuning Dua jururawat bertugas turut datang dan bertanya kepada Wani ekoran suaranya yang kedengaran sehingga ke seluruh wad. "Saya nampak ada benda hodoh, tak tahu makhluk apa kat tepi tingkap. Nampak macam ada kesan darah dekat muka, bau hamis," cerita Wani sambil mengesat air mata. Kedua-dua juruawat itu saling berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka menggosok lengan Wani memintanya bertenang. Ia bukanlah aduan pertama yang diterima mereka sepanjang berkhidmat di hospital itu, Selepas berbincang, mereka akhirnya bersetuju untuk memindahkan Wani ke katil depan yang berdekatan dengan beberapa lagi pesakit lain. Akibat gangguan itu, Wani turut diserang demam, namun keadaanya beransur pulih keesokan harinya sebelum dia dibenarkan discaj. Selepas dibawa pulang ke rumah, bapa mentua Wani turut memanggil seorang ustaz untuk memulihkan semangatnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube