suria

Nyanyi lagu Ulek Mayang waktu malam masa ‘camping’, 4 sahabat pulang awal! Si penyanyi ‘dipanggil’ terjun sungai

Sungai juga sering disebut sebagai kawasan keras yang berpenunggu. -Gambar hiasan

BAGI meraikan semester terakhir pengajian, Amir (bukan nama sebenar) bersama tiga lagi rakannya memilih untuk berkhemah di sebuah daerah di Terengganu.

Lokasi perkhemahan itu terletak di kawasan sebatang sungai, dengan panorama hutan rimba yang hijau dan begitu mendamaikan jiwa.

Amir bersama Faliq, Khai dan Hadi merancang pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan itu, malah mereka turut membawa gitar dan juga dron untuk diterbangkan di kawasan hutan.

Pada malam pertama di lokasi itu, suasana cukup sepi memandangkan hanya mereka berempat yang memacak khemah di kawasan hutan berkenaan.

Ketika kawan-kawan memasak untuk makan malam, Amir mula memetik gitar dan mendendangkan beberapa buah lagu.

Secara tiba-tiba, Amir menyanyikan lagu Ulek Mayang, menyebabkan rakan-rakan lain terkejut.

sungai 3

Aktiviti 'healing' seperti berkemah di kawasan hutan semakin popular dalam kalangan rakyat negara kita. -Gambar hiasan

Hadi menegur Amir kerana menyanyikan lagu yang didakwa mempunyai elemen mistik itu.

Selesai makan malam, mereka berborak santai di kawasan unggun api sambil bercerita tentang perancangan praktikal tidak lama lagi.

Ketika itu, Amir tiba-tiba bangun dan berjalan ke arah tebing sungai sambil tiga rakannya meneruskan perbualan seperti biasa.

Mereka tidak menyesyaki apa-apa yang pelik memandangkan kawasan khemah itu hanya terletak kira-kira 10 meter dari tebing sungai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baru bersalin anak sulung meraung dalam wad! Meracau nampak benda hodoh tepi tingkap

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecantikan disetubuhi jin, kesan lebam penuh di badan! Makin malang tok bomoh pula ‘ratah’ ketika rawatan

Namun secara tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di dalam air.

Faliq, Hadi dan Khai terus berdiri dan melihat Amir sedang terkapai-kapai di dalam sungai.

Tanpa berfikir panjang, mereka terus berlari ke arah tebing sungai sebelum Hadi terjun untuk menyelamatkan Amir.

Amir berjaya dibawa naik ke darat, namun dia kelihatan separa sedar dan lemah tak bermaya.

Peoples  bathe in the  river at  Sungai Pangsun  in Hulu Langat.(7/12/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Mandi sungai merupakan salah satu aktiviti yang boleh dibuat ketika perkhemahan.

Selepas hampir 30 minit, Amir akhirnya mula sedar dan dia terus menangis teresak-esak.

Selepas puas dipujuk oleh rakan-rakan, Amir mendedahkan dia sebenarnya melihat lembaga bermata merah muncul di permukaan air.

Namun katanya, dia bagaikan dirasuk untuk berjalan ke tebing sungai sebelum terjun sendiri untuk pergi ke arah lembaga itu.

Mendengar jawapan Amir, kesemua mereka berpandangan sesama sendiri dan terus membuka ayat suci al-Quran sehingga pagi.

Seawal 7 pagi esoknya, mereka terus berkemas dan bergegas untuk pulang ke kampus di Dungun, sekali gus membatalkan rancangan perkhemahan selama tiga hari.

Sejak kejadian itu, Amir juga trauma dan mula 'insaf' untuk tidak lagi menyanyikan lagu Ulek Mayang terutamanya pada waktu malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain