PENDUDUK sebuah kampung yang menghadiri kenduri tahlil kecoh apabila individu berwajah mirip dengan si mati tiba-tiba muncul di hadapan rumah. Imbas Anuar (bukan nama sebenar), kisah misteri itu masih segar di ingatannya meskipun ia berlaku kira-kira 15 tahun lalu, ketika dia masih remaja. Pada malam kejadian, Anwar berkata dia sekeluarga pergi ke rumah jirannya untuk menghadiri kenduri tahlil. Jirannya, Pak Din meninggal dunia akibat sakit tua, meninggalkan seorang isteri dan sembilan anak. Suasana di perkampungan itu agak tenang, malah majlis juga berjalan dengan lancar. Selesai tahlil, tetamu yang duduk bersila dihidangkan dengan beberapa juadah kampung di ruang tamu rumah berkenaan. Pada ketika itulah, tiba-tiba salah seorang tetamu menjerit kuat sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu rumah. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. -Gambar hiasan Seluruh tetamu turut terkejut apabila melihat seorang lelaki tua berpakaian lusuh sedang berdiri di hadapan pintu. Lelaki itu kelihatan mirip dengan Pak Din yang baru sahaja meninggal dunia tiga hari lepas. Isteri arwah iaitu Mak Midah turut terkejut sehingga dia terduduk dan hampir pitam melihat individu mirip suaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi lagu Ulek Mayang waktu malam masa ‘camping’, 4 sahabat pulang awal! Si penyanyi ‘dipanggil’ terjun sungai ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecantikan disetubuhi jin, kesan lebam penuh di badan! Makin malang tok bomoh pula ‘ratah’ ketika rawatan Secara tiba-tiba, lampu kalimantang yang menerangi kawasan tangga rumah itu terpadam, namun menyala semula beberapa saat kemudian. Kelibat individu itu juga terus lesap dalam samar-samar malam, menyebabkan seluruh tetamu kecoh dengan apa yang baru berlaku. Ketika itu jugalah orang kampung mula bercakap-cakap tentang saka belaan arwah. Dakwa penduduk kampung, arwah yang mengusahakan tanah kebun disyaki membela saka. Namun, ada juga yang beranggapan kelibat makhluk itu adalah qarin si mati. Menurut Anwar, itu adalah kali pertama dan terakhir dia berdepan kejadian yang begitu menakutkan. Malah katanya, dia tidak dapat tidur pada malam itu kerana terbayangkan wajah individu berkenaan, seolah-olah melihat orang yang mati hidup semula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube